Events By: SGMS Faida September 12, 2018 @ 2:08pm

Erk…KOPI Buat Kamu Bergelut Dengan Emosi?

Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia. Bukan itu saja, pengambilan kopi secara berlebihan akan membuatkan hati kamu berdebar-debar atau menjadi tidak teratur. Dup dap dup dap, mesti korang pernah alami kan?

Kopi boleh memudaratkan kesihatan jantung. Ini kerana ia meningkatkan homocysteine (sejenis asid amino atau protein yang didakwa berkait rapat dengan serangan jantung), lemak darah dan kolestrol.

Bagi ibu mengandung pula? Oh, lupakan kejap niat kamu tu. Pengambilan kopi berlebihan boleh menghalang perkembangan janin dan boleh menyebabkan keguguran. Ingat wak, kopi yang kamu hirup itu akan masuk ke dalam aliran darah dan terus ke dalam plasenta. Hasilnya, metabolisme dan kadar jantung janin akan meningkat.

Nervous kan kalau dengar kes di atas? Tapi lagi cuwak kalau korang terus melekat menonton drama KOPI yang bakal bermula minggu depan. 

Penuh drama yang membuatkan penonton tak senang duduk…

Jalan cerita KOPI membuatkan penonton bakal bergelut dengan emosi mereka sendiri. Gabungan elemen kekeluargaan, perbezaan darjat, obsesi dan fantasi, drama 25 episod ini menawarkan pengalaman baru buat penonton. 

Sebuah siri antalogi Fixi yang mendapat sentuhan penerbit eksekutif, Faizul A. Rashid, Hafiz A. Rashid  dan Kamil Hashim ini membongkar isu kontroversi selain merungkai topik kontemporari tanpa tapisan.

Lakonan Hafreez Adam dalam KOPI memang mantap! 

Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad Airin Zainul memberitahu KOPI adalah salah satu usaha dalam mempelbagaikan genre hiburan tempatan

“ Seiring dengan arus peredaran teknologi terkini, tonton sebuah portal penstriman terbesar di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 8.4 juta pengguna berdaftar kini menawarkan siri web yang unik dan baharu khas buat para pengemar cerita pendek. 

“ Merancakkan lagi promosi jelajah KOPI, trak khas turut digerakkan ke lokasi terpilih bermula 3 September lalu menyajikan kopi istimewa secara percuma bersama pelakon-pelakon utama drama KOPI; antaranya ke pejabat media, kolej, universiti serta lokasi strategik sekitar lembah Klang,” katanya.

Jangan lupa luangkan masa selama 10 minit saja untuk tonton drama bersiri KOPI bermula 16 September- 10 Oktober ini, jangan lupa okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

8 OG BOY BANDS THAT YOU NEED TO KNOW AS A K-POP FAN

Do you know who the 8 legendary boy groups that helped contribute in paving the way for current KPOP groups are? If you dare call yourself a K-POP fan, you absolutely need to pay homage to them if you don’t know them yet.

Hiburan Wed, 19 Jul 2023
Featured Wed, 14 Jun 2023

Gambar Profile Di Instagram Hilang, Individu Dakwa Patimah Ismail Padam Gambar Puteri Sarah?

Mungkin Datin Patimah masih bersedih dengan berita Syamsul, Sarah dah bercerai.. 😢😢

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya. Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media […]