Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 6, 2024 @ 1:54pm

Kontroversi 7 Tahun Lalu Beri Pengajaran Setimpal, Ammar Titan Pernah Dipulau Rakan Industri – “Jangan Mudah Percaya Orang…”

Pelawak dan pelakon, Ammar Titan mengakui kontroversi tujuh tahun dahulu bukan sahaja telah menjejaskan karier dan namanya, malah turut membuatkan dirinya kini dipinggirkan oleh rakan dan orang industri.

Meskipun begitu, Ammar atau nama lengkapnya, Azizul Ammar Abu Hassan, 37, memaklumkan perkara tersebut telah memberi pengajaran setimpal buat dirinya untuk tidak mudah mempercayai orang lain.

“Ada yang meninggalkan, memulaukan dan meminggirkan saya. Jika sebelum ini, kami selalu bermain badminton bersama, tetapi selepas (kontroversi) saya hubungi untuk minta tolong semua beri alasan sibuk.

“Saya tidak kisah, kawan tetap kawan tidak kira orang industri atau bukan. Saya okey sahaja. Tetapi saya menjadi lebih peka dan matang dan sedar bahawa janganlah percaya pada orang industri,”

“Terlalu banyak yang saya belajar daripada kejadian itu antaranya, orang hanya akan baik dengan kita apabila kita mempunyai kepentingan pada mereka.

“Ketika kita berada dibawah tidak ada orang yang mencari kita. Tetapi ketika itu juga Allah buang orang yang tidak sepatutnya berada dalam kehidupan saya,” tuturnya.

Terdahulu, Ammar didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan gara-gara mempersendakan bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyampek dalam program kemodi.

Sementara itu, Ammar ketika ditemui di malam gala dan sidang media filem seram kmedi Siapa Buka Lampu berkata dia tidak kisah untuk mencari sumber rezeki sebagai ejen insurans.

“Sejak saya buat insurans ramai kawan- kawan lari tapi tidak apa saya tak kisah.

“Jika saya tak berlakon, saya buat kerja insurans. Tak kisahlah orang nak cakap apa kerana pada akhirnya saya yang perlu bayar segala bil bukannya orang lain.

“Walaupun tak mudah, saya gembira dapat membantu orang ramai mengatur kewangan demi masa depan,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Ammar Titan Tak Malu Jadi Ejen Insurans Sepenuh Masa – “Apa Alasan Saya Goyang Kaki Sahaja?”

Kredit foto: Hibglam/Utusan TV

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Oct 2018

12星座「鬼怪特质」扮什么最符合气质?

外表看似正常人,内心却深藏着小鬼怪,10月份的重头戏莫过于万圣节!

Featured Thu, 22 Apr 2021

Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin, Tunku Zahrah Zarith Nama Anaknda Puteri TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli […]

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

Comelnya Duduk Tidor Si Kembar Zizie Ezette

Zizie mengumumkan nama kedua-dua puteranya itu  – Aadam Zac Izette (tidor atas) dan adik lelaki, Aaleph Zeke Izette melalui IG nya

Filem Sun, 5 Apr 2026

Aksi Penuh Adrenalin Dipadankan Dengan Kisah Cinta Mat Rempit & Gadis Buta, Malaikat Malam Tampil Naskhah Berbeza

Malaikat Malam tampil sebagai naskhah terbaharu yang menggabungkan elemen aksi motosikal berintensiti tinggi dengan kisah cinta, hasil kerjasama empat penerbit utama.

error: Content is protected !!