Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 20, 2025 @ 2:21pm

Lama Tak Berlakon, Anzalna Nasir Bersyukur Rezeki Murah Dilantik Sebagai Duta Bersama Keluarga.. Seronok Bertemu Peminat Di Acara ‘Meet & Greet’

Pelakon cantik, Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur apabila rezekinya terus melimpah walaupun sudah hampir tujuh tahun tidak aktif dalam dunia lakonan.

Anzalna bersama suami, usahawan Hanif Zaki dan anak-anak mereka diberi kepercayaan untuk menjadi duta jenama tekstil terkenal, Jakel.

Menurut Anzalna, meskipun tidak lagi muncul di kaca televisyen, dia masih menerima banyak tawaran sebagai duta produk, malah anak-anaknya juga turut mendapat peluang serupa.

“Alhamdulillah, biarpun saya tidak aktif berlakon, rezeki dalam bidang komersial tidak pernah putus. Kalau bukan saya, anak-anak pula yang ditawarkan menjadi wajah bagi sesuatu jenama. Terbaru, saya bersama suami dan anak-anak dilantik sebagai duta Jakel.

“Ini satu penghormatan buat kami sekeluarga kerana sejak dahulu lagi, kami memang pelanggan setia Jakel. Malah, ibu saya paling gembira dengan berita ini dan semakin bersemangat untuk membeli-belah di Jakel,” katanya.

Anzalna dan Hanif ditemui di acara ‘meet and greet’ bersama duta Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anzalna mengakui berasa gementar apabila berdepan dengan peminat selepas sekian lama tidak bertemu secara langsung.

Namun, perasaan itu bertukar menjadi kegembiraan apabila dia akhirnya dapat bertemu mereka dalam acara ‘meet and greet’ yang dianjurkan oleh Jakel.

“Sejujurnya saya rasa gementar kerana sudah lama tidak berhadapan dengan orang ramai. Namun, lama-kelamaan, saya sangat teruja kerana dapat berjumpa mereka yang selama ini memberikan sokongan.

“Peminat sering mengajak untuk bertemu, dan akhirnya, melalui acara ‘meet and greet’ ini, kami dapat berjumpa dalam suasana yang lebih meriah. Saya sangat gembira dapat melepaskan rindu kepada peminat,” tambahnya.

Acara ‘meet and greet’ bersama duta Jakel di bangunan Jakel Mall, Kuala Lumpur, Ahad lalu berlangsung meriah.

Acara terbabit diadakan susulan program ‘meet and greet’ di Jakel Shah Alam, Selangor pada 31 Januari lalu meraih sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, pihaknya mengambil keputusan itu bagi tidak menghampakan pelanggan yang dikatakan terlepas peluang mendapatkan baucar diskaun pembelian baju Raya Aidilfitri di Shah Alam.

“Kita amat teruja dengan sambutan luar biasa tersebut, sejak pengumuman duta-duta Jakel dalam tempoh dua minggu lalu.

“Namun kami ada menerima maklum balas daripada umum yang mereka tidak berkesempatan mendapatkan baucar sekali gus berharap program Meet & Greet sebelum ini diteruskan lagi.

“Maka bagi menghargai pelanggan setia, kita anjurkan sekali lagi acara ini untuk beri peluang kepada pelanggan yang belum mendapatkan baucar diskaun tambahan 20 peratus yang akan diedarkan sendiri oleh duta-duta kami,” katanya.

Penganjuran Meet & Greet kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, serta Anzalna Nasir dan keluarga, Senariounion, Upin & Ipin serta Sallywho dan pasangannya.

Menurut Mohamed Faroz, pada sesi kali ini, pelanggan sekali lagi berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan duta.

Selain itu, beliau menambah, demi keselesaan pengunjung, pihaknya juga turut membuka ruang niaga lebih luas dan berwajah baru di aras tiga bangunan tersebut

“Ruangan baru ini menempatkan koleksi sedondon terkini untuk remaja belasan tahun, anak kecil serta ibu.

“Ini semua demi keselesaan pelanggan seiiring dengan usaha kami untuk menyediakan ruang yang kondusif bagi mendapatkan koleksi terkini, menarik, fabrik berkualiti yang ditambah baik di Jakel.

“Sebab itu kita juga menyediakan parkir yang luas, tandas, tempat solat, kerana ini selari dengan moto kami tahun 2025 mendonia bersama jakel. ‘Jakel, Barulah Raya’,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamed Faroz memberitahu, pelanggan juga boleh berbelanja dengan Easy Payment yang ditawarkan pihak Maybank, Affinbank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 15 Jul 2023
Featured Mon, 23 Feb 2026

Isu Gaduh Selesai! Kak KM & Kak Nona Kembali Berbaik, Ibu Luah Rasa Sebak – “Akhirnya Anak-Anak Ku Berpelukan”

Kak KM sempat berkongsi momen menyentuh hati itu apabila Kak Nona hadir di kediamannya sebelum kedua-duanya gagal menahan sebak dan saling berpelukan.

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

Events Sun, 22 Dec 2024

Teater Muzikal Sudirmania Bakal Ubat Rindu Peminat

Teater Muzikal Sudirmania ini pastinya naskhah yang tidak hanya didendangkans ahaja.

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Individu Pertahan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Cabar Tunjuk Bukti Bayar Nafkah Anak

Rita meminta agar resit bayaran nafkah didedahkan secara terbuka bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum

Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

FESYEN Fri, 11 Oct 2019
Trending Sat, 20 Feb 2021
error: Content is protected !!