Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 6, 2023 @ 10:17am

Ammar Titan Tak Malu Jadi Ejen Insurans Sepenuh Masa – “Apa Alasan Saya Goyang Kaki Sahaja?”

Pelakon Ammar Titan meluahkan rasa bersyukur selepas bergelar ejen insurans sepenuh masa demi menjana pendapatan dan menyara keluarganya, sejak Julai lalu.

Menurut Ammar, dia perlu mencuba kerjaya baru yang tetap lagi menjamin pendapatannya dek kerana kurang mendapat tawaran dalam bidang seni.

“Saya kini bergelar ajen insurans sepenuh masa untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya mula menceburi dunia insurans ini pada Julai lalu.

“Sebagai suami dan bapa kepada dua orang anak saya sedar akan tanggungjawab saya. Jadi saya kena bekerja untuk cari rezeki.

“Kalu orang kelainan upaya pun masih lagi bekerja. Jadi apa alasan saya untuk ‘goyang kaki’ sahaja?” katanya.

Tambah Ammar, dia tidak malu menjadikan pekerjaan itu sebagai pekerjaan hakikinya walaupun bergelar artis.

“Mungkin orang akan memperlekehkan pekerjaan saya sebagai agen insurans. Tapi saya tidak kisah asalkan boleh menjana pendapatan. Saya bukan kacau orang pun.

“Apa sahaja pekerjaan yang boleh menjana pendapatan, saya akan buat. Ketika Ramadan lalu, saya membantu rakan berniaga di Bazar Ramadan Taman Tun Ismail (TTDI) untuk cari duit belanja lebih.

“Bagi saya, tiada istilah artis. Saya cuma artis ketika bekerja dalam bidang seni. Selain daripada itu, saya tidak kisah untuk melakukan apa sahaja asalkan halal,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ammar kini terlibat dalam sebuah pementasan teater bangsawan Dang Anum arahan Amirul Haswendy sebagai Laksamana Bentan.

Menurut bekas penyampai radio itu, dia sangat teruja apabila ditawar kembali untuk berlakon teater kerana gian untuk beraksi di panggung yang besar.

“Saya memang gian sangat nak berlakon teater. Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 2011.

“Sebagai bekas pelajar dalam jurusan seni, saya anggap pembabitan dalam teater bangsawan Dang Anum ini dapat melepaskan gian selepas sekian lama tidak berlakon teater,”katanya.

Teater Dang Anum bakal dipentaskan pada 14 dan 15 Oktober ini bertempat di Auditorium Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bukit Kiara, Kuala lumpur.

Terdahulu, Ammar yang pernah menjadi penyampai radio terpalit dengan kontroversi gara-gara mempersendakan bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek menerusi satu rancangan komedi yang disiarkan sekitar tahun 2017.

Ammar telah didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan secara sengaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Dec 2024

Tampilkan Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil, Juliana Evans… Amalan Syirik Jadi Tema Filem Bisikan Dosa

Bisikan Dosa yang dibintangi oleh Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil dan Juliana Evans bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Januari 2025.

Featured Fri, 14 Nov 2025

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Tudung Milik Fazura

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus yang difailkan Obor Holding Sdn Bhd terhadap Pink Fate Sdn Bhd.

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2018 (#ABPBH31 )

Sedang dikemaskinikan untuk senarai pemenang. Tahniah pada para pemenang

Featured Mon, 19 Sep 2022

Terpaling Juara: Berada Di Bottom 2, Shaz Tak Putus Semangat!

Its okay Shaz! Tema duet Minggu ke-6 bangkit ok? 💪🏻💪🏻

Hiburan Tue, 24 Dec 2024

CSOIAM: Trending No 1 Di Aplikasi X, Hashtag #OIAM Terus Kuasai Media Sosial & Layar Kaca

Hashtag #OIAM melakar kejayaan luar biasa apabila menduduki tangga trending nombor satu di platform X dengan lebih 700 juta capaian di media sosial.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Akim Lawan Dengan Isterinya!

Haa gaduh ke lawan ni?

error: Content is protected !!