Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 14, 2024 @ 7:39pm

Tampilkan Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil, Juliana Evans… Amalan Syirik Jadi Tema Filem Bisikan Dosa

Kepercayaan kepada amalan syirik yang masih diamalkan segelintir masyarakat menjadi idea utama di sebalik penghasilan filem seram baharu berjudul Bisikan Dosa.

Menurut penerbitnya, Yusry Makmor, inspirasi ini lahir selepas beliau dan rakan-rakannya melakukan kajian terhadap elemen-elemen yang menjadi tarikan dalam filem seram. Kajian itu mendorong mereka untuk mengangkat tema amalan tradisional ke dalam naratif yang lebih realistik.

“Filem ini adalah satu naskhah tepat untuk diangkat menjadi satu filem seram yang mana ia bakal menjadi satu fenomena buat penonton dahagakan filem tempatan bergenre seram.

“Penceritaan Bisikan Dosa adalah satu jalan cerita realistik, misalnya amalan syirik seperti mandi bunga masih diamalkan oleh sebilangan orang tanpa mengira darjat dan keturunan walau dalam zaman yang serba moden kini,” katanya.

Tambah Yusry, genre seram dipilih selepas mengambil inspirasi daripada kejayaan filem seram Islamik Thailand seperti Khong Khaek, yang mencetus fenomena dalam kalangan penonton. Namun, Bisikan Dosa hadir dengan elemen unik dan plot twist yang sukar dijangka oleh penonton.

“Filem ini bukan sekadar sebuah naskhah seram semata-mata, tetapi penceritaannya juga cukup menarik dan membuatkan penonton perlu menontonnya sehingga habis untuk mengetahui kisah sebenar.

“Untuk babak-babak seram dan ‘jumpscare’, saya akan pastikan ia adalah terbaik dan barulah akan dimasukkan dalam filem ini agar dapat memberi kepuasan kepada penonton,” jelasnya.

Sementara itu, pengarah filem ini, Faizul, memuji barisan pelakon yang berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan cemerlang. Menurutnya, para pelakon telah diberi skrip lebih awal dan mengikuti kelas lakonan bagi memastikan mereka dapat menyampaikan emosi dan elemen seram dengan berkesan.

“Selain itu, kesan solekan unik dengan interpretasi tersendiri dan lakonan mantap oleh setiap pelakon dalam filem ini turut saling mendukung watak satu sama lain menghasilkan satu persembahan menarik dan gandingan sangat serasi,” tambahnya.

Filem ini berkisar tentang Sarimah, seorang wanita yang berpindah ke Kuala Lumpur selepas menghadapi tragedi kehilangan anak kecilnya dan dikhianati oleh bekas suaminya. Sarimah bekerja sebagai pembantu rumah untuk keluarga Ayden, tetapi dia dihantui oleh roh Zara, arwah isteri Ayden, yang dikenalinya melalui sebuah potret keluarga.

Bisikan Dosa, yang dibintangi oleh Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans, dan Sherry Merlis, bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei mulai 9 Januari 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Sasha Saidin Maklum Keadaan Suami & Keluarga Selamat Di Dubai – “Keadaan Di Sana Masih Terkawal”

Sasha Saidin meluahkan rasa syukur keadaan suaminya, Sirhan dan rakan-rakan di Abu Dhabi dan Dubai

Trending Fri, 22 Mar 2024

Raya Jadi Lebih Riang & Selesa Bersama Bata, Dengan Pilihan Lebih 300 Pilihan Design!

Bila sebut pasal shopping raya ni, mesti korang dah tak sabar nak buat persiapan. Bukan apa, kalau dah ada baju, tudung, mestilah kena ada beg dan kasut juga. Barulah lengkap kan! Kasut dan beg ni […]

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Fri, 15 Feb 2019

‘Mana Ada Merajuk…’- Raja Ema Teruja Bakal Berlakon Filem

Lama tak tengok Raja Ema berlakon kan? Tak sabarnya!

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

12 Jam Untuk Anak-Anak, Ziana Zain Seronok!

Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Berat Ed Sheeran Turun Mendadak, Ini Sebabnya!

Jom sama-sama ke arah gaya hidup sihat!

Featured Sun, 21 May 2023
error: Content is protected !!