Categories: HiburanSelebriti

“Kurang Ajar! Kat Padang Mahsyar Nanti Kau Jawablah” – Bengang Kena Tipu, Aaron Aziz Tunjuk Skill ‘Ajar’ Scammer

Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa berangnya terhadap ‘scammer’ yang cuba menipu orang ramai menerusi panggilan telefon, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aaron tampil memuat naik videonya melayan kerenah ‘scammer’ yang menghubunginya untuk mengambil bungkusan hantaran yang tidak dituntut.

Geram dengan tindakan pemanggil terbabit, pelakon yang membintangi drama Ombak Rindu itu turut menunjukkan helahnya untuk mengenakan semula scammer tersebut.

“Cara ni jugak nak ajar scammer semua ni… kurang ajar, biadap. Kat padang mahsyar nanti kau jawab lah brapa ramai hidup orang kau dah aniaya ni pun saya baru bangun tidur,” tulisnya.

@therealaaronaziz Cara ni jugak nak ajak scammer semua ni… kurang ajar, biadap. Kat padang masyar nanti kau jawab lah brapa ramai hidup orang kau dah aniaya ni pun saya baru bangun tidur. @AKSO MALAYSIA #AksoHavana #scammerbabi #f#fyp #fy #fypシ゚viral #aaronaziz #aaron #ThevapeDon ♬ original sound – aaron aziz

Kagum dengan taktik pelakon itu mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons di ruangan komen.

Fatin Nurain