Tinggal Komen Pada Video Janna Nick & Hafidz Roshdi, Netizen Mohon Nurul Shuhadah Fokus Beribadah – “Hati Tak Bersih Lagi Ke?”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sekali lagi mencuri perhatian selepas dia meninggalkan komen pada hantaran video yang dimuat naik oleh pelakon Janna Nick di Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Janna dan Hafidz kelihatan sedang menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah Saleem berjudul Lagu Cinta Tiga Segi ketika mempromosikan drama terbaharu mereka berjudul Melastik Ke Hatimu yang akan ditayangkan di TV3.

“Baru jiwa lagu macam ni,” katanya.

 

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian, tindakan Shuhada meninggalkan komen pada hantaran terbabit dan menyifatkan lagu yang dinyanyikan itu amat bersesuaian dengan situasi yang melanda Hafidz.

“Weh, kena siak lagu ni dengan dia. Haha. Menceritakan segala-galanya,” tulisnya.

Netizen minta Shuhada ‘Move on’

Bahkan, ada yang berpendapat tindakan Shuhada itu seperti masih belum ‘move on’ dengan bekas suaminya apatah lagi dia kini sedang mengerjakan umrah.

“Smell negative vibes here. Janna post video ni nak promote drama ni. Yang konon dah move on tu, tak perlu kot drop komen mcm tu. Kan tengah dok buat umrah sekarang. Hati tak bersih lagi ke?

“Lagu tu memang best. Mengusik jiwa. Tengok ke komen janda Hafidz fresh dan hot from Madinah lagi lah mengusik jiwa.  Funny lah Shu. Dekat mekah pun aktif komen pasal ex.

“Gigih betul belah sana balas komen sesama sendiri,” komen netizen.

Terdahulu, Shuhada turut menjadi perhatian selepas penampilannya mengenakan pakaian ketat serba cerah dan gelap sehingga menimbulkan pelbagai respons dalam kalangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Suka ‘Confident Level’ Nurul Shuhada Lepas Cerai, Tapi Ada Pula Yang Tegur Penampilan – “Dah Kurus Baju Ketat Pula”

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Yang Tak Puas Hati Dengan Nurul Shuhada? Netizen Bitter Komen: “Baby Sebelum Ini Tunggu Di Mana? Takkan Di Neraka?”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kritik Buat ‘Review’ Ketika Tunai Umrah, Pengasas Produk Tampil Pertahan Nurul Shuhada – “Santuni Amanah Orang”

Salma Syahbuddin