Label Golongan Anti Vaksin Sebagai ‘Tak Malu’, Ramai Netizen Back Up Naim Daniel

Sedang negara berusaha mencapai herd immunity dalam kalangan masyarakat, masih terdapat golongan anti vaksin yang masih degil malah, mahu menikmati kelonggaran yang diberikan kerajaan seperti dine in dan sebagainya.

Justeru itu, pelakon dan penyanyi, Naim Daniel menerusi ciapannya di Twitter, menyelar tindakan golongan ini dan menyifatkan mereka sebagai ‘tak malu’.

 

Memetik laporan Mstar, Naim berkata, keputusan untuk mengambil vaksin ataupun tidak adalah pilihan dan hak masing-masing, namun ia adalah salah satu langkah untuk mencegah penularan wabak berkenaan terutamanya pada ketika ini.

“Memang ia satu pilihan dan hak masing-masing. Tapi, untuk menjaga nyawa ia menjadi perkara wajib”

“Ia juga salah satu langkah untuk membanteras Covid-19. Jadi janganlah pentingkan diri sendiri sehingga mahu mendapatkan hak sama rata sebagai mana penerima vaksin yang lain “

“Bagi yang ambil kesempatan, ternyata ia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyedihkan” katanya.

“Statement yang benar and we need such public figure to advocate what’s right”

Justeru iu, ramai warganet tampil mempertahankan  pendapat Naim Daniel berhubung isu ini yang dianggap perlu bagi menyedarkan masyarakat di luar sana.

Terdahulu, pelantun lagu Sumpah ini  bukan sahaja dilihat lantang bersuara mengenai masalah dan isu yang dihadapi rakyat Malaysia malah, beliau bertanggungjawab menjadikan platform media sosial sebagai landasan untuknya menyebarkan mesej.

Salma Syahbuddin