Lagu Nora Dalam OST Filem Pulang Yang Korang Kena Tahu

Sebut sahaja filem Pulang, pasti ramai yang akan kata runut bunyi dalam filem tersebut juga memainkan peranan dalam mewujudkan emosi sedih ketika menontonnya. Tapi tahukah anda, selain lagu Layarlah Kembali nyanyian Dayang Nurfaizah, lagu Sayang Di Sayang nyanyian Nora juga adalah antara runut bunyi yang terdapat dalam filem tersebut. Betul ke?

Jawapannya, mestilah betul! Kalau korang tak percaya boleh layan lagu ni terus melalui laman Youtube Monkey Bone okay! 

Lagu Sayang Di Sayang ni sebenarnya lagu cover version Allahyarhamah Datin Rafeah Buang dan dinyanyikan semula oleh Nora sebagai hadiah buat peminat filem Pulang.

Dan, walaupun baru dimuat naik semalam rata-rata peminat memuji irama dan alunan suara penyanyi ini menyayikan semula lagu tersebut.
Jadi kepada korang yang masih belum menonton dan menyaksikan filem Pulang, apa kata korang pergi cepat-cepat kat pawagam yang berdekatan dan dengar sendiri OST kak Nora kita ni okay!
Salma Syahbuddin