Azhar Sulaiman ‘Tegur’ Pelakon Suka Memilih

Namanya cukup gah suatu ketika dahulu! Siapa yang tak ingat dengan lakonan Azhar Sulaiman dalam Abang 92, rata-rata pasti ingat kan?

Selepas hampir tiga dekad berada berada dalam industri seni, Azhar akur perjalanan seninya tidak lagi seperti dulu.

“ Bercakap tentang berlakon, saya tidak terasa bila jarang terima tawaran.

“ Saya tidak terkilan jika tiada tawaran, jauh sekali merungut apabila tidak lagi menjadi pilihan membawa watak utama.

“ Saya sentiasa sedar diri kerana pada usia ini, tidak banyak watak yang sesuai,” katanya.

Memetik kenyataan Azhar di BH Online, Azhar memberitahu dia pelik dengan segelintir pelakon yang memilih tawaran.

“ Jangan rasa industri seni di Malaysia macam di Hollywood walhal tidak. Ramai yang berada dalam bidang ini suka berangan.

“ Kita tidak boleh terlalu memilih iatau berebut, malah untuk mendapat tawaran, walaupun satu dalam sebulan juga susah.

“Nasihat saya pada anak seni, terutama pelakon, jangan berterusan berangan. Lakonan itu tanggungjawab dan tugasan, jadi berpijaklah di bumi nyata,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azhar bakal membintangi karya terbaru arahan Hitler Zamani bertajuk Bikin Filem. Wah, tak sabar nak tengok beliau beraksi dalam  filem. Semoga terus sukses ya!

 

SGMS Faida