Categories: Oh Lawa

Wajah-Wajah Popular Hiasi Pentas Peragaan The Melium Group Dan Farah Khan

Kuala Lumpur Fashion Week 2018, untuk malam kedua berlangsung dalam suasana cukup meriah bak sebuah fiesta terutamanya untuk pertunjukan fesyen yang dibawakan The Melium Group dan Farah Khan.

Foto: EH!

Bermula dengan penampilan khas yang digelar ‘Friends of Melium’ berjalan di pentas KLFW2018 dengan mengenakan beberapa ceraian fesyen dari jenama di bawah bumbung Melium, kemudian ia diikuti dengan barisan selebriti terkenal tempatan yang turut diundang untuk membuat kemunculan istimewa.

The Melium Group nampaknya cukup teliti dalam pemilihan selebriti dan personaliti yang menggayakan produk mereka.

Barisan selebriti yang terlibat, sebahagian besarnya merupakan trendsetter antaranya Fyza Kadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Kavita Sidhu, Whulandary Herman, Ameera Khan (Little Miss Khan), Idris Khan, Siti Saleha, Syafiq Kyle, Anzalna Nasir dan Neelofa.

Foto: EH!

Foto: EH!

Foto: EH!

Foto: EH!

Foto: EH!

Tetamu VVIP seperti Datin Azrene Abdullah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Cik Puan Nur Lisa Idris, dan Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah antara yang hadir mempamerkan support mereka.

Sebagaimana diketahui umum, Melium Group merupakan kumpulan retail jenama fesyen mewah yang menerajui di Malaysia. Luxury, Fashion dan Lifestyle menjadi teras utama mereka yang mana Melium diasaskan oleh Datuk Seri Farah Khan.

Foto: EH!

Foto: EH!

Foto: EH!

Foto: EH!

Foto: EH!

Sumber: EH!

Yanie Baharom