Categories: AcaraFeatured

YAM Tunku Aminah & Suami Hadir Saksikan Pementasan Alia Bastamam Di KLFW 2018

Kembali untuk tahun keenam, Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW) telah mula rancak mementaskan koleksi pereka-pereka fesyen terkenal tanah air. Saban tahun, majlis ini pasti mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat mahupun penggiat industri fesyen tempatan.

Untuk pengetahuan anda, pentas pada hari pertama di sebelah petang telah menampilkan koleksi pereka fesyen tempatan yang cukup terunggul iaitu Alia Bastamam yang hadir dalam dua koleksi iaitu Alia B. dan Alia Bastamam. Koleksi Alia memang cukup diminati terutamanya bagi mereka yang suka berfesyen.

Pertunjukan fesyen khas dari majalah Harper’s Bazaar Malaysia juga turut sama berkolaborasi bersama pereka fesyen tempatan ternama sempena dengan ulang tahunnya yang ke-15.

Sepanjang acara tersebut, mata-mata peminat fesyen bukan saja tertumpu pada rekaan yang diperagakan saja, malah turut tertumpu dengan pasangan diraja romantis YAM Tunku Aminah dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah. Memang ramai yang terpegun!

Pasangan diraja Johor ini tampil menawan dengan persalinan lengkap serba hitam. Kalau lihat busana yang digayakan oleh Puteri diraja Johor itu cukup simple dan hanya padanan aksesori anting-anting saja sudah cukup memperlihatkan keanggunannya.

Turut hadir sama adalah Chryseis Tan, anak perempuan kepada Tan Sri Datuk Seri Vincent Tan yang duduk bersebelahan dengan Tunku Tun Aminah.

Sumber: EH!

tex_admin