Acara By: tex_admin August 10, 2018 @ 12:00pm

YAM Tunku Aminah & Suami Hadir Saksikan Pementasan Alia Bastamam Di KLFW 2018

Kembali untuk tahun keenam, Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW) telah mula rancak mementaskan koleksi pereka-pereka fesyen terkenal tanah air. Saban tahun, majlis ini pasti mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat mahupun penggiat industri fesyen tempatan.

Untuk pengetahuan anda, pentas pada hari pertama di sebelah petang telah menampilkan koleksi pereka fesyen tempatan yang cukup terunggul iaitu Alia Bastamam yang hadir dalam dua koleksi iaitu Alia B. dan Alia Bastamam. Koleksi Alia memang cukup diminati terutamanya bagi mereka yang suka berfesyen.

Pertunjukan fesyen khas dari majalah Harper’s Bazaar Malaysia juga turut sama berkolaborasi bersama pereka fesyen tempatan ternama sempena dengan ulang tahunnya yang ke-15.

Sepanjang acara tersebut, mata-mata peminat fesyen bukan saja tertumpu pada rekaan yang diperagakan saja, malah turut tertumpu dengan pasangan diraja romantis YAM Tunku Aminah dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah. Memang ramai yang terpegun!

 

A post shared by Alia Bastamam (@aliabastamamkl) on

Pasangan diraja Johor ini tampil menawan dengan persalinan lengkap serba hitam. Kalau lihat busana yang digayakan oleh Puteri diraja Johor itu cukup simple dan hanya padanan aksesori anting-anting saja sudah cukup memperlihatkan keanggunannya.

Turut hadir sama adalah Chryseis Tan, anak perempuan kepada Tan Sri Datuk Seri Vincent Tan yang duduk bersebelahan dengan Tunku Tun Aminah.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 1 Nov 2018
Featured Mon, 9 Mar 2020
Cahaya Mata Mon, 29 May 2023
Featured Fri, 1 Oct 2021
Featured Tue, 10 Jan 2023

“Kena Ada Duit Sendiri” – Puteri Sarah Kemukakan Ciri-Ciri Seorang Wanita Hebat

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana memberitahu ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang wanita agar sentiasa cekal menghadapi cabaran hidup. @fethgadget Pesanan untuk semua wanita diluar sana ❤️ #fethgadget #puterisarahliyana ♬ original sound – Feth

Featured Mon, 16 Mar 2020

Serlahkan penampilan dengan Wirdora, pakar aksesori hijab wanita

Aksesori Kristal Swarovski untuk lelaki juga ada!

Featured Wed, 10 Mar 2021
Featured Tue, 4 Sep 2018

Multicultural Babes – We Are Proud To Be Malaysian!

Figura kembali dengan edisi keduanya, menampilkan pesona wajah majmuk Malaysia menggabungkan 3 entiti seni berbakat besar, Raja Ilya, Elizabeth Tan dan Sangeeta Krishnasamy.

| Live TV