Featured By: Arfah December 8, 2021 @ 2:33pm

“Ni Kalau Mak Saya Tahu, Habislah Kedai Runcit Semua Habis Stok” – Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pokok Subur Pakai Serbuk MSG

Siapa sangka, selain baja, kita juga boleh menggunakan serbuk monosodium glutamat (MSG) untuk menyuburkan tanaman.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dengan nama @kakria memuat naik satu video menunjukkan dia sedang menabur serbuk MSG menggunakan sudu di dalam pasu tanam-tanamannya di halaman rumah.

Video tersebut turut disertakan dengan kapsyen: “Tak perlu guna baja apa, cukup Ajinomoto semua subur gemuk-gemuk.”

Ramai yang bertanya tentang cara penggunaan serbuk MSG dalam tanaman dan keberkesanan teknik ini.

Wanita itu menjelaskan di ruangan komen bahawa dia melakukan taburan MSG ini sebulan sekali dan ia hanya memerlukan setengah sudu besar serbuk tersebut kemudian tanaman tersebut haruslah disiram dengan air.

Hasilnya, tumbuhan akan menjadi subur dan cantik.

“Mula-mula tak percaya..”

Malah ada juga yang meninggalkan komen berkata teknik ini memang menjadi kerana selepas sahaja MSG diletakkan di tanaman, pokok itu berbunga lebat.

“Mula-mula tak percaya tau, sekali letak dekat bunga kertas meriah betul bunga dia, banyak tumbuh,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

Terdapat juga beberapa pengguna yang memberitahu bahawa MSG ini mempunyai kandungan yang baik kepada tumbuhan.

“Ajinomoto atau MSG ni memang bagus untuk tumbuhan sebab kaya dengan zat-zat potassium, nitrogen dan phosphorus. Ketiga-tiga ini penting untuk tumbuhan membesar,” tulis seorang pengguna bernama @03_adj_srwk.

“Baja PSB yang saya jual pun menggunakan Ajinomoto. Baja PSB bagus untuk tumbuhan dan akuakultur. PSB atau photosynthetic bacteria dihasilkan daripada proses penguraian dari MSG dan bahan-bahan lain akan menghasilkan bakteria baik,” tulis seroang lagi pengguna bernama @ahmadlutfi76.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 3 Nov 2018

半躺沙发玩手机!诱发椎间盘突出

腰是人体最重要的部位之一,支撑身体的平衡,很多活动都需要靠腰部来支撑完成。如果我们的腰椎受到伤害,腰酸、腰痛等腰部问题会随之而来。

Hiburan Wed, 22 May 2019

Shila Amzah Jadi Puteri Jasmine Dalam Aladdin

Jom dengarkan lagu ‘A Whole New World’ versi Shila dan Hael pula!

Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Featured Fri, 15 Apr 2022

Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

Wah, tahniah The Gadys! New girl group in town 🤩

Featured Mon, 10 Sep 2018

Ucapkan ‘Saya Sayang Kamu’ Dalam 28 Bahasa Ini, Hati Si Dia Pasti Berbunga-Bunga!

I love you, tiga perkataan ini punya magis dan kuasa luar biasa yang mampu mengubah dunia.

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!