Trending By: Fatin Nurain May 10, 2024 @ 11:43am

Takut Kontroversi Bersama Bella Astillah Beri Kesan Pada Drama… Muaz Zabir Harap Penonton Hargai Hasil Karya ‘Leha, Leya Lawa’

Pelakon Muaz Zabir mengakui bimbang sekiranya drama bersiri Tonton, ‘Leha, Leya Lawa’ lakonannya bersama aktres Bella Astillah terkesan dek kerana isu skandal mereka yang tular, sebelum ini.

Menurut Muaz, perkara itu sedikit sebanyak mampu memberikan tanggapan buruk kepada orang ramai.

Namun, dia berharap agar penonton tidak mencampur adukkan perkara itu sebaliknya menghargai hasil kerja keras mereka menjayakan drama tersebut.

“Sejujurnya takut, apabila kita terpalit dengan kontroversi ni ia bukanlah sesuatu yang elok untuk drama ni. Orang akan beri macam-macam tanggapan sekiranya ada kontroversi terpalit dengan drama itu.

“Tapi, saya harap penonton tidak masukkan isu kontroversi ini dalam drama ini. Kami telah pun melakukan sehabis baik untuk menghasilkan drama tersebut demi memastikan semua orang di luar sana terhibur dengan lakonan kami.

“Saya sentiasa mendoakan drama ini dapat memberi impak ataupun penonton terpikat dengan drama ini,” katanya.

Sebelum ini, Muaz mengakui senang bekerjasama dengan Bella menerusi drama ini, bahkan menyifatkan aktres itu seorang pelakon yang hebat.

Artikel Berkaitan: Pertama Kali Bergandingan Dalam Drama ‘Leha, Leya Lawa’… Muaz Zabir Sifatkan Bella Astillah Pelakon Hebat

Selain Muaz dan Bella drama ini turut menggandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Didi Astillah, Ezaidi Aziz, Hazeeq Dean, Ropie, Amyza Aznan, Fathil Dani dan Carissa Azhar.

Drama bersiri 15 episod terbitan Million Pictures Sdn Bhd yang pertama kali menggandingkan adik-beradik ini merupakan idea asal pengarah, Azhar Khalid dan Hana Hussain sebagai penerbit. Pelbagai mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini, antaranya adalah unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan.

SINOPSIS:

Leha (Bella Astillah) mempunyai seorang adik, Leya (Didi Astillah) yang merupakan seorang yang manja dan kuat merajuk. Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.

Leya sedang hangat bercinta dengan Jangkho (Ezaidi Aziz) seorang anak muda yang terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop. Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi citarasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah (Shaza Bae), bekas kekasih Jangkho.

Kehadiran John (Muaz Zabir) dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta. Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga turut mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh. Berjayakah Leha menamatkan zaman bujangnya? Apakah nasib yang bakal menimpa adik-beradik ini?

Saksikan Leha, Leya Lawa dengan memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk menikmati pengalaman penstriman premium iaitu strim secara HD di mana ia pasti memberikan keseronokan berganda kepada anda!

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan drama terbaharu Leha, Leya Lawa secara eksklusif di Tonton.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 May 2019

Farid Kamil Dipenjara Sembilan Bulan

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari selepas didapati bersalah mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas […]

Contest Mon, 6 Apr 2020

Trending No. 1, MK K-Clique Bikin ‘Pecah’ Pentas ICSYVMY3?

Pergh! Siapa dah tengok episod ni, memang power lah dik!

Trending Mon, 16 Mar 2020

COVID-19- Boleh Berjangkit Melalui Hubungan Intim?

  “Selamatkah  jika kita melakukan hubungan kelamin semasa wabak covid-19 sedang menular pada waktu ini?,” BERITA tentang penularan wabak corona atau COVID-19 semakin membimbangkan masyarakat dunia pada waktu ini. Sehingga hari ini, statistik individu yang […]

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Trending Fri, 5 Oct 2018

Opsss… Ini Mall ATAU Bangunan Tak Siap?

Menerusi perkongsian saudara Kai Chuan, bangunan itu mungkin dilihat sebagai unik pada sesetengah orang namun rata-rata netizen berpendapat ia seolah gambaran sebuah bangunan tak siap. Korang rasa macam mana?

Kisah Viral Mon, 18 Apr 2022
Trending Thu, 12 Aug 2021

Ustaz Bongkar Rahsia Disebalik Kopiah & Kebaikan Amal Jariah Siti Sarah

MasyaAllah! Semoga ini menjadi tauladan dan juga ikutan buat kita semua