Categories: HiburanSelebriti

Lah Ahmad ‘Speechless’, Terharu Raih Sorakan Penonton Di Konsert Ruffedge

Penyanyi Lah Ahmad meluahkan rasa terharunya dengan sambutan yang diterimanya selepas membuat kemunculan di Konsert Ruffedge, Ruffera: ‘That Moment In Time’ Tour, Sabtu lalu.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Lah menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ahad lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Lah tampil berkongsi momen di mana dirinya menerima sorakan daripada seluruh penonton selepas naik ke atas pentas untuk menyanyikan lagu Ayu.

Malah, Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad, juga tidak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana terpaku dengan sokongan yang diterima dari penonton.

“Alhamdulillah tahniah congratulations buat @ruffedge. Bangga dengan korang. Terima kasih sudi menjemput lagi lagii menyanyikan lagu lagu kita mengamit kenangan semua yang hadir.

“Ayu semalam sangat luarbiasa . Terima kasih buat semua atas kasih sayang yang sangat tinggi semalam (Sabtu),” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Lah yang pernah mengaggotai kumpulan V.E itu turut mengimbau momen ketika lagu yang berjudul Ayu itu dibuat sejak 23 tahun dahulu.

“30 minit berita palsu. Tak sampai aih. Thank you buat @ruffedge sudi mengalunkan lagu Ayu. Mereka bersama waktu asal asalnya record demo lagu Ayu di Playtime studios ( @platinumstudioproductions lebih dari 23 tahun dulu).

“Malam semalam saya menyaksikan sesuatu yang Allah pasti akan memberi ganjaran yang baik buat mereka yang betul betul ikhlas dalam kerjaya mereka.

“Tahniah good show well done @azan.addin @mode893 @syed_hussein @zainhamid @catfarish thank you for the memories,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuh Dengan Kejutan… Tawan Hati 4,500 Penonton, Ini Antara Yang Menarik Di Konsert Ruffedge!

Fatin Nurain