[VIDEO] Mengaku Jumpa Fyna Jebat, Zainal Abidin Tampil Jelaskan Perkara Sebenar – “Memang Itu Saya, Kami Nak Selesaikan…”

Bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin mengakui ada berjumpa dengan bekas isteri, penyanyi Fyna Jebat di sebuah restoran seperti yang tular dalam sebuah video baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan Zainal dan Fyna dari arah belakang sedang menjamu selera bersama di kedai makan terletak di Damansara.

Menerusi sebuah video temubual sukan Astro Arena di Instagram, Zainal berkata dia berjumpa dengan adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu untuk menguruskan beberapa masalah dalam pasca penceraian.

“Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri. Kami dah berpisah dengan cara damai.

“Berjumpa dan pergi makan sebab nak selesaikan beberapa masalah,” kata Pengarah Teknikal IFC itu.

@xtra_my

Haa, segala spekulasi telah terjawab! 🥵 #fyp #xtramy #zainalabidin #mengaku #jumpa #fynajebat #makan #bersama #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Segala desas desus dan dakwaan orang ramai berkenaan status sebenar hubungan mereka sudah kembali atau rujuk bersama seakan terjawab selepas dijelaskan oleh Zainal.

Pada Januari, Fyna meleraikan segala spekulasi dengan membuat pendedahan telah berkahwin dengan Zainal.

Namun begitu, perkahwinan mereka tidak kekal lama selepas anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah mendedahkan mereka sudah bercerai pada Mei lalu.

Artikel Berkaitan: 3 Bulan Fyna Jebat Tak Dapat Dihubungi, Didakwa Emosi Terganggu Bercerai Dengan Zainal? – “Mesej Dan Call Pun Tak Jawab…”

Artikel Berkaitan: Fyna Jebat Sah Cerai! Sumber Terdekat Dedah Perkara Sebenar – “Mereka Bercerai 2 Minggu Lalu” 

Aqilah Paharuzi