Lama Bercinta…Fadlan Hazim Buka Mulut Soal Kahwin

Selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta, pelakon Fadlan Hazim merancang untuk berkahwin pada tahun depan.

Kata pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Jodoh 2 itu, dia kini dalam fasa mempersiapkan diri dari segi kewangan.

“Sebelum kahwin, saya mahu pastikan keluarga saya cukup segalanya. Sebagai anak sulung yang sudah tiada bapa, saya mahu pastikan mereka dalam keadaan stabil.

“Kekasih juga sedang dalam proses memajukan perniagaanya. Buat masa ini saya dan kekasih tidak terlalu tergesa untuk berkahwin, bimbang nanti serabut bergaduh pula,” katanya kepada Harian Metro. 

Sementara itu, Fadlan meletakkan sasaran dalam masa tiga tahun lagi iaitu sebelum mencecah usia 30 tahun.

“Saya dan kekasih sebaya, baru berusia 27 tahun. Masih banyak masa lagi.

“ Lagipun adik bongsu saya baru sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mahu bantu pengajian dia dulu,” katanya.

Fadlan dan kekasihnya yang dikenali sebagai Julie Anne dilaporkan sudah merancang untuk menghadiri kelas bagi mempelajari mengenai agama Islam.

Tambah pelakon drama Seribu Rindu ini dia mengenali Julie sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik.

SGMS Faida