Lama Menghilang, Maman Teacher’s Pet Kembali Dengan Album Baharu Berjudul ‘Aku’

Penyanyi yang popular dengan lagu Warisan Wanita Terakhir, Maman dari kumpulan Teacher’s Pet kembali ke industri nyanyian dengan mengeluatkan album berjudul Aku.

Di dalam album Aku, Maman juga menampilkan kematangannya di dalam berkarya dan kelainan nafas seninya ketara.

Maman juga menghadiahkan kepada para peminatnya kehebatan ‘vocal-range’ (jarak vokal) yang kuat, berani dan yakin.

Lagu-lagu yang dihasilkan dalam album ini bakal membuatkan hanyut di alam emosi dan cerita yang diaampaikan.

Album ini juga bakal memberikan jawapan terhadap kehilangannya dalam industri seni tanah air sebelum ini.

“Setiap garis kedutan di wajah saya membawa cerita hidup saya…” jelas Maman berkenaan dengan lagu dan karya yang dibawakan dalam album baharunya ini.

Apa yang lebih menarik, album ini dihasilkan dengan gabungan antara teknologi dan muzik.

Album Aku bakal menawarkan siri NFT (Non-Fungible Token) vang akan diberi nama “AKU – The Maman” (TMn) dan akan dilancarkan pada penghujung tahun in, dengan kerjasama Pentas 10, iaitu sebuah pasaran NFT tempatan yang juga terbesar di rantau Asia Tenggara.

Album ini boleh didapati di platfom striming muzik Spotify, Apple Music, Joox dan lain-lain bermula pada 30 MEI 2023 yang lalu.

Izzi Farhana