Categories: HiburanTrending

“Lama Sangat ‘Tidur’ Ni… Banyak Sangat Rehat, Rasa Tepu” – Shuib Akui Banyak Tolak Tawaran Selepas Pemergian Siti Sarah

Pelawak dan usahawan popular, Shuib, 38, mengakui banyak menolak tawaran selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tahun lalu.

Pemilik nama Shahmira Muhamad ini mendedahkan semangat untuk bekerja hampir hilang selepas Sarah meninggal dunia.

“Banyak sangat tawaran yang saya tolak. Bukan saya mengada-ngada, tapi tawaran yang datang semua saya ketepikan. Tawaran radio, tawaran program televisyen, semuanya tak ada rasa nak buat selepas isteri tersayang meninggal dunia.

“Saya sendiri rasa tiba saatnya untuk saya kembali bangkit. Saya perasan saya rasa santai sangat, banyak fokus kepada keluarga dan bisnes sehingga saya lihat sendiri jadual saya banyak kosong dan kadang-kadang rasa dah lemau,” katanya kepada XTRA.

Shuib ditemu pada Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali ‘Bekerja’, Shuib Bergandingan Dengan Ajak & Suraya Dalam….

Kembali bergelar penyampai radio Suria FM bermula 29 Ogos lalu, Shuib menganggap tawaran yang hadir sebagai rezeki yang ditinggalkan oleh Sarah.

“Kembali menjadi penyampai radio ni saya sifatkan sebagai kemunculan semula. Bila diberi tawaran, saya rasa terbuka hati. Saya sifatkan ia sebagai satu peluang terbaik, lama sangat saya ‘tidur’ ni. Saya betul-betul mahu berkarya kali ini.

“Sampai sekarang saya selalu fikir, banyak sangat rezeki yang arwah isteri tinggalkan kepada saya. Saya anggap ini rezeki peninggalan arwah dan anak-anak,” katanya.

Padin