Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 31, 2023 @ 1:00pm

“Lantak Kau Lah Bang! Aku Doa Kau Enjoy Dengan Perhatian Yang Kau Cari” – Puas Tegur Cara Baik, Sharnaaz Ahmad ‘Malas’ Layan Azhar Sulaiman Isu Palestin

Susulan saling membidas kenyataan berkenaan isu Palestin di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad kini mengambil jalan mudah apabila memaklumkan dia seolah-olah sudah malas untuk bertekak dengan pelakon senior, Azhar Sulaiman mengenai isu pejuang Hamas dan Al-Qassam.

Menurutnya, dia sudah menegur pelakon itu dengan cara baik, namun Azhar kekal dengan pendirian untuk mempertikaikan strategi pejuang-pejuang Islam tersebut.

“Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut.

“Tetap dia nak post jugak… lantak kau lah bang. Pendapat kau kan. Layan lah apa ada dalam kepala kau.

“Aku doakan kau enjoy dengan perhatian yang kau cari,” katanya.

Sharnaaz, 38, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Dalam perkongsian sama, pelakon KL Gangster itu juga meminta agar orang ramai terus menerus mendoakan dan berkongsi posting mengenai nasib yang sedang menimpa rakyat Palestin termasuklah memboikot barangan Yahudi.

“Apa pun guys, teruskan posting pasal Palestin dan boikot pada produk Yahudi. Yang mana dah beli, simpan dan makan bagi habis. Jangan beli dah lepas ni. Jangan bazir pula. Sekarang ni hidup keras sikit,” jelasnya.

Terdahulu, Sharnaaz dan Azhar saling membidas kenyataan masing-masing berkaitan strategikk yang dilakukan pejuang Islam di sana.

Malah, rata-rata warganet juga kelihatan tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan  Azhar sehingga melabelnya sebagai ‘palatao’.

ARTIKEL BERKAITAN:”Rasa Hormat Saya Dah Hilang Pada Abang” – Sharnaaz Ahmad Tempelak Azhar Sulaiman… Netizen Label ‘Palatao’ Isu Palestin

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Fasha-Aidil Nikah Mac Ini, Tahniah!

Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid. Alhamdulillah, tahniah Fasha!

Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan […]

Trending Thu, 6 Feb 2020
Trending Wed, 8 Jul 2020
Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

AfroJr and J.M3’s ‘Friendzone’ EP is All About Self Love

Two singers from different genres united with a meaningful tracklist.

Featured Wed, 10 Nov 2021

“Dia Tak Boleh Bernafas, Minta Nak Turun Cepat” – Sekeluarga Panik Apabila Wajah Kakak Membengkak, Asyik Bersin, Mata Berair

Kisah seorang wanita apabila wajahnya membengkak sejurus selepas dia dan ahli keluarga lain selesai mendaki dan mengeluarkan tenaga dengan bermandi-manda di air terjun yang terletak di puncak Gunung Ledang mendapat perhatian ramai. Menerusi video yang […]

Featured Fri, 26 Apr 2024
Events Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Kena Pijak? Zizi Kirana Sindir Siapa?

Zizi Kirana kena pijak? Siapa pijak Zizi Kirana?

error: Content is protected !!