Laudya Cynthia Bella Kongsi Erti Hidup Susah

Laudya Cynthia Bella mengakui menolak tawaran berlakon ke New York semata-mata mahu merasai sendir pengalaman hidup susah disebuah kawasan pedalaman di Jakarta baru-baru ini. 

Menjalani rutin harian tidak seperti manusia lain kerana tiada keperluan asas, termasuklah elektrik dan air semasa penggambaran filem Ambu atau Mama di sebuah perkampungan kecil di pedalaman Indonesia selama beberapa bulan menjadikan beliau lebih bersyukur dan menikmati setiap detik dengan penuh berharga.

” Saya nekad untuk menyertai produksi Ambu kerana memikirkan kepuasan diri disamping dapat belajar sesuatu yang baru,Untuk ke daerah pedalaman itu sahaja, krew terpaksa memandu selama lima jam dan berjalan kaki untuk sampai ke destinasi dalam masa 3 jam. Pengalaman itu bagi saya terlalu berharga, terutama sekali bila melihat penduduk kampung menikmati kehidupan dengan serba kekurangan” Katanya.

Mengakui amat merindui keluarga termasuklah suami dan Aleesya, Bella bagaimanapun turut diyakinkan oleh ibunya bahawa keputusannya yang diambilnya untuk mneyertai krew produksi ke pedalaman ini adalah yang terbaik. 

““Sebelum ke sana, saya sudah dimaklumkan perkampungan itu tiada api, air dan isyarat telekomunikasi, malah tandas hanya satu, selain terpaksa mandi di sungai. Memang pengalaman itu mencabar terutama tidak dapat berhubung dengan Engku Aleesya (anak tiri) dan suami.” Jelasnya.

Bella turut mengakui, sebaik sahaja selesai menghabiskan penggambaran dan kembali  ke rumah, Bella terus sahaja menghubungi suami, Aleesya dan keluarga kerana merasakan seperti sudah lama tidak menghubungi mereka.

“Semua perkara saya mahu kongsikan. Dulu, ketika masih sendiri, saya tidak kisah berhari-hari keluar daerah, tetapi sekarang saya ada tanggungjawab terhadap suami dan anak.” Tambahnya.

 

Salma Syahbuddin