Sufie Rashid Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Tahniah buat penyanyi Sufie Rashid yang selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nurul Ain Md Yusof.

Majlis pertunangan telah diadakan di kediaman Ain yang juga merupakan ahli perniagaan di Senawang, Negeri Sembilan, malam tadi.

“ Alhamdulillah, selepas dua tahun bercinta kami kini bergelar tunangan. Saya gembira apabila majlis dirancang berjalan lancar.

“Sejujurnya sepanjang majlis berlangsung saya gementar sebab ini pengalaman pertama. Dalam masa sama, saya terharu dengan sokongan daripada keluarga. Ramai yang datang.

“Tahun depan lebih mencabar sebab nak fikir persiapan majlis nikah pula. Insya Allah, doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada Harian Metro.

Sufie atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid bersetuju untuk menetapkan tempoh pertunangan selama setahun.

Juara Akademi Fantasia 2015 itu memberikan enam dulang hantaran termasuk sebentuk cincin.

Selepas perbincangan, keluarga belah pihak bersetuju mengikat tali pertunangan selama setahun.

Turut ditetapkan wang hantaran perkahwinan SGD10,000 (RM30,421) serba satu.

SGMS Faida