Hiburan By: SGMS Faida May 7, 2019 @ 1:59am

Lebih Interaktif, Berita TV9 Kini Berwajah Baru!

Bermula hari Jumaat, 3 Mei lalu, Berita TV9 telah bersiaran dengan imej baharu yang lebih segar dan dinamik. Dengan menampilkan logo baharu yang mencerminkan persembahan berita mutakhir nadi kehidupan rakyat, Berita TV9 juga bersiaran di dalam set studio baharu.

Set studio yang direkabentuk oleh Team Pereka Multimedia Jabatan Berita dan Hal-Ehwal Semasa (NCA) sendiri, ia menampilkan identiti yang lebih kontemporari. Latar studio menggandingkan rekaan corak geometrik dan panorama Putrajaya. Studio Berita TV9 kini juga dilengkapi lebih banyak skrin televisyen bagi persembahan visual dan grafik yang lebih mesra penonton.   

Pereka yang bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk studio dan rekaan grafik baharu ialah Fadznur Idza Ali Azhar, Syed Ahmad Nabil Khalaf Syed Ismail Al-Qadri, Norlaili Abd Halim dan Zairy Zainal Abidin.

Dari segi kandungan, Berita TV9 berusaha menyajikan penonton dengan berita terkini yang dekat di hati rakyat dengan beberapa segmen mingguan.

Setiap hari Ahad – Sukan Bersama Mike diperkenalkan dalam berita utama jam 8 malam.  segmen ini bukanlah laporan sukan seperti biasa kerana wartawan bertugas, iaitu Mike atau nama sebenar Mohd Hazreen Nor Mubarak akan melaporkan perkembangan ahli sukan dan pelbagai aktiviti sukan dari sisi berbeza.

Setiap hari Isnin – Segmen ‘Bijak Belanja’ diperkenalkan untuk memberi idea kepada orang ramai tentang cara menjimatkan perbelanjaan termasuk pengurusan pinjaman dan penipuan atas talian.

Setiap hari Khamis – Berita TV9 memperkenalkan Segmen ‘Cari Pahala’ yang memuatkan kegiatan umum yang dapat memberi manfaat kepada insan lain. Bukan sekadar membantu orang kurang bernasib baik tetapi juga kegiatan amal dan  sikap baik yang ditonjolkan masyarakat umum.

Setiap hari Sabtu – Segmen ‘Pintu Rezeki’ diperkenalkan sebagai platform untuk memberi inspirasi  berdasarkan pelbagai usaha orang ramai menyara hidup selain bagaimana mereka melalui saat-saat sukar sebelum berjaya dalam usaha tersebut.

Selain daripada segmen menarik ini, TV9 turut memperkenalkan seorang penyampai berita baharu Ahmad Barr Zainal Abidin, 24 tahun. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Dengan Kepujian) Kewartawanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan telah bertugas di unit Digital, NX. Beliau telah membuat penampilan awalnya dalam bidang kewartawanan penyiaran dalam segmen ‘Siasat Bajet’ di laman rasmi Youtube Berita TV3.

Program-program Berita TV9 merangkumi tiga program iaitu:

Hari Siaran | Waktu Siaran (Durasi) | Nama Program

Setiap Hari | 30 Minit, 1 Tengahari & 8 malam  | Berita TV9

Setiap Hari | (2-5 minit), 8.55 am, 2.55 pm & 4.55 pm | Detik Ini

Setiap Sabtu | 8.30 pm (30 minit) | Global

Program-program berita TV9 masih mengekalkan penyampai beritanya seperti Amin Hayat Abdul Rahim, Zuhaira Mustafa Al Hussin, Affizza Azmi, Suzila Idayu Yaacob, Zaira Sri Zakaria, dan Taufek Mohd Noh.

Jangan lupa saksikan Berita TV9, Detik ini, dan Global mengikut waktu-waktu siaran yang telah dijadualkan seperti diatas. Dapatkan maklumat lanjut program-program Berita TV9 ini di tonton extra (www.xtra.com.my) serta ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV9 Malaysia (@tv9malaysia) untuk mengetahui perkembangan terkini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖项,为中文电影增光。

Hiburan Sat, 25 Nov 2023

Siti Elizad Gagal IVF Kali Kedua, Tak Mahu Fikir Soal Anak Demi Jaga Kesihatan Mental

Belum ada rezeki.. Semoga dipermudahkan urusan Elizad & suami

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Featured Thu, 25 Jul 2024

Kembali Menetap Di Malaysia, Yuna Dalam Perancangan Miliki Zuriat

Semoga semuanya dipermudahkan untuk Yuna!

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Yasmin Hani Akui Sanggup Berlapar Asalkan Kebersihan Rumah Terjaga – “Dapur Berasap Tapi Kotor Berlemuih?”

Wahh, mesti rumah Yasmin Hani berkilat ni 🤩 Harus dipuji ni sebab tak semua orang ada kemahiran dalam mengemas okayh! 🤪

LIFESTYLE Wed, 27 Mar 2019

Hilton is Having a Special Southeast Asia April Sale!

All Hilton hotels across South East Asia are on discount!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Tersentuh Lihat Pengorbanan Sahabat, Noh Salleh Tulis Lirik ‘Debu Bercahaya’

Noh merancang untuk mengeluarkan lima buah lagu tahun ini. 

Featured Sun, 18 Sep 2022