Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 22, 2024 @ 12:40pm

Kongsi Pengalaman Ditahan SPRM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Pasangan Suami Isteri Pempengaruh – “Tak Payah Ulas, Nanti Ada Yang Anggap Benda Kena Gari Ni Seronok”

Pelakon Rita Rudaini sekali lagi lantang menyuarakan pendapatnya selepas pasangan suami isteri pempengaruh berimej Islamik berkongsi pengalaman mereka ketika ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok baru-baru ini.

Kata Rita, perkara itu tidak sepatutnya diulas dengan lebih lanjut memandangkan isu gari dan tangkap ini bukanlah satu pengalaman yang seronok dan perlu dikongsikan kepada umum.

“Macam mana ya nak cakap. Jangan jadikan benda tu normal kena gari.

“Kalau saya dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, saya boleh cakap ia adalah satu ‘pengalaman’ untuk saya rasa.

“Tak payahlah ulas.. nanti ada yang tak boleh berfikir dan anggap benda kena gari, kena tangkap ni seronok nak cuba sebagai ‘pengalaman’,” katanya.

Perkara itu dikongsi Rita menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories miliknya.

Dalam hantaran berlainan pula, aktres itu berharap tiada kes melibatkan pelajar sekolah atau generasi muda yang mencuri duit derma masjid semata-mata mahu merasai ‘pengalaman’ di gari.

“Jangan pula lepas ni dengar ada adik-adik saja pergi curi duit masjid sebab nak rasa kena gari. Pengalaman katanya. Punggah.

“Hati-hati bila berkata-kata. Tak semua orang pandai hadam,” jelasnya.

Terdahulu, SPRM menahan pasangan suami isteri pempengaruh dan dua lagi individu pada 10 Julai lalu susulan dakwaan menyeleweng duit kutipan derma awam.

Namun, kesemua suspek yang ditahan dibebaskan pada 16 Julai lalu dan diperintahkan membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang selepas tempoh tahanan reman berakhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Nov 2020
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Baru Episod Pertama, Saya Sudah Buat ‘Sangkak’’- Pengarah Nur 2 Mohon Maaf

Silap sebutan jadi lain maksudnya. Esok bakal ditanya nanti. Takutnya. Sudahlah amalan saya tak banyak mana…

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

韓曉噯进军乐坛!写真EP展现极致魅力

「火星女」韓曉噯推出个人写真EP《FREE》进军大马乐坛出道成为歌手,收录全彩写真册为你展示极致魅力!

Selebriti Fri, 24 Apr 2020
Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Featured Fri, 29 Jul 2022

“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Tapi kalau Adi Putra berlakon memang best! drama best, filem apatah lagi♡♡♡

error: Content is protected !!