Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 25, 2024 @ 1:07pm

Kembali Menetap Di Malaysia, Yuna Dalam Perancangan Miliki Zuriat

Setelah lebih sedekad berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) demi mengejar cita-citanya, penyanyi popular, Yuna, 38, bertekad untuk kembali menetap di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, memaklumkan hasratnya untuk kembali ke tanah air adalah disebabkan keinginan memiliki zuriat sendiri serta ingin lebih dekat bersama keluarga.

“Insya-Allah saya dan suami bercadang kembali menetap di Malaysia. Lagipun, ibu bapa saya sudah semakin berusia, jadi saya ingin lebih dekat dengan mereka.

“Keluarga gembira dan menyambut baik keputusan. Kami pun gembira kerana akhirnya hasrat untuk lebih rapat dengan keluarga dan meluangkan masa bersama tercapai,” kata Yuna.

Tambahnya lagi, pelantun lagu Dan Sebenarnya ini turut mengakui Malaysia merupakan tempat terbaik bagi dia membina kehidupan keluarga berbanding di AS.


“Saya akui AS memang tempatnya dari segi kerjaya muzik, tetapi kalau bercakap mengenai kualiti kehidupan, di sini lebih baik,” ujarnya.

Yuna turut yakin kerjaya seninya di Malaysia akan lebih tersusun kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat.

“Selain sokongan keluarga, karier seni saya juga akan dibantu oleh orang sekeliling seperti oenata gaya, mekap artis dan media massa.

“Berbanding di AS kerana bila nak pergi buat persembahan, semuanya kena buat sendiri.

“Saya buat keputusan ini juga bukan kerana saya putus asa. Saya masih berinteraksi dengan penggiat seni dan boleh hubungi mereka jika ada kaitan dengan soal kerja.

“Lagipun, saya rasa sudah capai apa yang sepatutnya dicapai ketika di AS,” katanya.

Sekadar info, Yuna mendirikan rumah tangga berama Adam Yousof Mohamed Sinclair pada 2018 di Bentong Pahang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Sun, 27 May 2018

Al-Fatihah…Pengurus Artis Terkenal Meninggal Dunia

Sam mengendalikan syarikat pengurusan acaranya yang ditubuhkannya. Antara artis yang pernah menggunakan perkhidmatan Sam adalah Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.

Trending Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Ramai Penduduk Indonesia Belajar Bahasa Isyarat Lepas Tonton Muzik Video DIA

Akui Anji, dia turut mengikuti kelas belajar bahasa isyarat selama beberapa bulan untuk mendalami golongan bisu dan pekak.

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Selamat Pengantin Baharu, Kak Lina Pom Pom!

Fab Foodies! Wed, 12 Sep 2018

Nangka Ke Durian? Chef Selebriti Terkenal Ini Pula Dikecam Netizen

Bagaimanapun, gambar durian tersebut telahpun dipadam. Namun, netizen kan cekap jalankan kerja mereka!

error: Content is protected !!