Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2019 @ 11:47am

’Jalan Sesak Sampai ‘Membuang’ Dalam Semak’- Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Balik Kampung

“ Nak berhenti di hentian seterusnya, jarak sejauh 50 kilometer. Kereta pula terlalu banyak. Jadi isteri terpaksa berhenti di tepi jalan dan buang air kecil dalam semak berhampiran,” kata penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalaman balik kampung, baru-baru ini.

Kata Fazley, isterinya, Datin Azrene Ahmad terpaksa buang air kecil di tepi lebuh raya akibat kesesakan lalu lintas yang melampau.

“ Saya dalam perjalanan pulang dari Utara ke Kuala Lumpur. Isteri kebetulan datang bulan dan mahu buang air kecil.

“ Sampai sahaja di Hentian Sungai Perak ia sudah ditutup. Saya faham tindakan itu diambil bagi mengekang kesesakan lalu lintas agar tidak menjadi bertambah buruk. Tetapi alangkah baik jika lebih banyak tandas bergerak bagi kemudahan pengguna lebuh raya di musim perayaan ini,” tulisnya di Instagram.

Tambahnya, bukan hanya isterinya sahaja yang melalui situasi begitu malah ada beberapa orang lagi melakukan perkara sama.

“ Boleh dikatakan hampir 30 buah kereta berhenti untuk melakukan tindakan seperti kami.

“Biasanya perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama tiga jam tetapi kali ini 13 jam,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Apr 2025

Siti Nurhaliza Sedia Berbincang, Isu 11 Lagu Dalam Simpanan Syarikat Rakaman Lama Bukan Masalah

Jika pihak SRC mahu merakamkan semula lagu tersebut dengan penyanyi lain, Siti tak ada  masalah.

Hiburan Fri, 18 May 2018

Farid Kamil Baru Sedar Kena Gam Sebab Lantang Bersuara

Kerana berlantang suara terus kena gam, kat mana silapnya.

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Sajat, Aliff Syukri Bakal Duet Dengan Penyanyi Indonesia?

Dua jutawan kosmetik popular itu dijangka terbang ke Indonesia bagi membincangkan proses menghasilkan single akan datang ini.

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Selepas Dilanda Kontroversi, Sufian Suhaimi Terima Tawaran Berganda?

Untuk pengetahuan semua, Sufian juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dari Universiti Sultan Zainal Abiddin (UniSZA)

error: Content is protected !!