Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 16, 2023 @ 12:58pm

Famili Duo 3: Shila & Syahir Berdepan Masalah Teknikal Ketika Perform, Netizen Luah Rasa Kurang Puas Hati

Persembahan pasangan adik-beradik Shila Amzah dan Syahir menerusi program realiti TV3, Famili Duo Musim Ketiga tampil menjadi bualan dalam kalangan warganet kerana mereka berhadapan masalah teknikal ketika beraksi di minggu pertama, malam tadi.

Program yang dikendalikan oleh Izzue Islam dan Janna Nick itu menyaksikan Shila dan adiknya, Syahir menyanyikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.

Pada awal persembahan, pasangan adik-beradik itu telah berdepan dengan masalah teknikal di mana mikrofon yang digunakan oleh Shila tidak dapat berfungsi dengan baik.

Menyedari perkara itu, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kurang puas hati kerana tidak dapat mendengar nyanyian dua beradik itu dengan baik.

Shila bagaimanapun tetap meneruskan nyanyiannya dengan baik dan mengawal situasi tersebut dengan profesional.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Menjengah ke ruangan komen XTRA, sesetengah netizen turut meluahkan rasa berang mereka dan mendakwa ada yang cuba sabotaj pasangan dua beradik itu.

Malah, ada juga yang memuji tindakan Shila yang tetap tenang biarpun berhadapan dengan masalah teknikal tersebut.

Dalam pada itu, pertandingan nyanyian tersebut turut menyaksikan pasangan adik beradik, Sharif dan Syaiful kumpulan Zero telah dinobatkan sebagai Duo Terbaik untuk minggu pertama sekali gus berjaya membawa pulang wang berjumlah RM10,000, semalam.

Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu), Sharif & Syaiful (adik-beradik).

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Oct 2025

“Doktor Kata Saraf Kaki Mak Saya Dah Mati, Luka Je Memang Kaki Terus Hitam”- Ardell Aryana Fokus Kesihatan Ibu

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana tampil menegaskan, dia bukanlah seorang anak tunggal seperti yang didakwa.

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Featured Mon, 17 Mar 2025

“Setiap Kali Solat, Saya Tak Pernah Lupa Doa Buat Mereka” – Salina Saibi Gembira Hubungan Syamsul Yusof Bersama Keluarga Kini Baik

Salina Saibi meluahkan rasa syukur dan gembira tatkala melihat hubungan kekeluargaan mereka kembali akrab.

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Luqman Hafidz Sukar Tonjolkan Reaksi Untuk Penuhi Kehendak Watak

Cabaran Luqman Hafidz dalam Air Force The Movie

Featured Tue, 29 Apr 2025

Living Legend! Diiringi 13 Pemuzik Terbaik Tanah Air, Konsert Solo Amy Search Memukau

Phewittttt! Amy Search sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon muzik apabila berjaya memukau ribuan penonton dalam konsert solonya.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Suami Nabila Huda Benci Karakter Ramlah, Minta Buang Sebelum Masuk Rumah – “Dia Tak Selesa Dengan Saya…”

Uish sampai macam tu sekali terbawa-bawa.. Bukan senang jadi pelakon ni kan

error: Content is protected !!