Hiburan By: SGMS Faida January 30, 2019 @ 6:08pm

Lepas Pikat Remy, Azar Azmi Dekati Redza Rosli Pula?

Dalam satu pertemuaan yang tak disangka, telah membibitkan rasa cinta di hati Redza Rosli buat pelakon baharu, Azar Azmi. Namun, kerana takut abang kandung Azar tidak merestui percintaaan mereka, Redza dan Azar membuat keputusan untuk merahsiakan perhubungan mereka.

Tetapi hubungan yang dirahsiakan itu hanyalah di dalam drama terbaharu lakonan mereka iaitu Plan Cinta yang mula bersiaran pada 29 Januari di slot Iris.

Drama 20 episod yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini mengisahkan ragam Nizam (Redza) yang mahu memikat Alisya (Azar), adik kepada kawan baiknya sendiri. Alisya belajar di luar negara dan  pulang bercuti semester selama enam bulan.

Kepulangan Alisya juga adalah untuk meraikan hari perkahwinan abangnya, Ismadi. Tidak mahu membuang masa dan ingin mencari pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaannya di luar negara itu, Alisya telah memohon jawatan sebagai guru sandaran di kampungnya.

Pertemuan dengan Nizam, di sebuah taman akibat insiden yang tidak disengajakan telah membibitkan perasaan cinta namun keduanya menafikan perasaan.

Mereka bertemu sekali lagi apabila Nizam menjadi jurugambar bagi perkahwinan Ismadi dan Mira. Hati Nizam benar-benar terpaut melihat Alisya dan ingin memikat Alisya.

Plan memikat Alisya menjadi mudah apabila Rahmah (Didie Alias), ibu Alisya menyokong niat Nizam. Rahmah tidak mahu Alisya terus menetap di luar negara setelah dia tamat belajar kelak.

Selain perlu merahsiakan hubungan mereka daripada Ismadi (Nazrief Nazri), perhubungan mereka terganggu apabila Alisya turut diminati oleh Cikgu Irsyad. Ikuti ragam cinta Nizam dan Alisya dilakonkan oleh Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor dan Ain Sufia. setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Boleh Dikatakan Tiap Masa Terima Panggilan Kematian…” – Noorkhiriah Minta Netizen Jangan ‘Hanyut’

Masyaa-Allah bukan semua orang boleh cakna dengan perkara macam ni… 😥

Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Anak Belum Lahir Tapi Sudah Ada Rezeki Menanti” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang sedang menanti kelahiran anak sulung bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan. Perkara terbabit didedahkan oleh pasangan sejoli ini menerusi sidang media virtual dengan pihak media malam tadi. […]

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Dapat Sambutan Hangat…Alif Satar Tak Sabar Nak Turun Padang!

Saya boleh nampak keterujaan penonton yang menyanyikan kesemua lagu sepanjang persembahan!

Featured Tue, 20 Dec 2022
Featured Thu, 29 Dec 2022