Featured By: Maya Basir December 29, 2022 @ 12:48pm

[VIDEO] “Kau Masih Lagi Mawi Tentang Bulan” – Individu Tak Boleh Terima Hakikat Aedy Ashraf Dah Dewasa Buat Netizen Terhibur

Mula berlakon sejak berusia 10 tahun, pelakon Aedy Ashraf kini membawa watak dewasa di dalam drama Kerana Cinta Itu Ada di TV3 membuatkan ramai masih tidak percaya.

Menerusi perkongsian di TikTok @razali_sheldon, individu ini tidak dapat menerima hakikat bahawa Aedy sudah dewasa dan masih menganggap dirinya sebagai watak Mawi yang pernah dilakonkan di dalam filem Tentang Bulan.

“Tak, tak ada. Kau masih Mawi Tentang Bulan walaupun kau berlakon jadi orang dewasa. Tak, kau Mawi Tentang Bulan yang naik basikal dulu. Walaupun kau naik kereta, tak kau budak-budak. Dekat mata aku, kau masih Mawi Tentang Bulan. Tak boleh, masih lagi kecil,” ujarnya sedih.

@razali_sheldon Tengok ni si Mawi gatal nak kahwin dah. Kecik lagi ni. #tentangbulan ♬ bunyi asal – Hilma Mahliza🇲🇾

Malah, dia turut memberitahu watak yang dibawa Aedy di dalam drama tersebut terlalu muda untuk berkahwin.

“Tengok ni si Mawi gatal nak kahwin dah. Kecik lagi ni,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan mempunyai pendapat yang sama bahawa mereka masih melihat Aedy seperti kanak-kanak.

“Dah la bang. Abang kena terima yang abang dah tua.

“Ye wei, still tak boleh move on dengan Mawi.

“Haha ingat aku je cakap macam tu. Ada geng ghupenya,” komen netizen.

Selain itu, Aedy turut meninggalkan komen dengan menyuruhnya untuk memberi peluang dirinya membawa watak dewasa.

“Alaa kasi chan laaa,” kata Aedy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Dec 2019
Hiburan Mon, 22 Apr 2024
Replicated Draft Wed, 23 Aug 2023

Wabak Influenza Makin Meningkat, Vaksinasi Ini Mampu Kurangkan Kadar Pesakit Di Hospital!

Macam yang korang semua tahu, kes wabak virus influenza semakin berleluasa dan meningkat di Malaysia. Bukan dalam kalangan kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa dan warga emas yang berisiko tinggi juga turut dijangkiti. Gejalanya sama seperti […]

Featured Thu, 13 Oct 2022

Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Allahuakbar… kejamnya sampai macam tu sekali tulis 😥 Mana lah pergi letak akal tu!

Trending Mon, 21 Jan 2019

走路速度越快「越不快乐」从小地方看你的人生愉悦指数

现代城市步调紧凑,步伐似乎也因为压力与时间压缩而变得急促!其实走路与个性有相当大的关联,从走路的方式,多少也能反映出一个人的特质……