Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 1, 2023 @ 10:52am

“Akak Jangan Marah Kita Tau” – Bimbang Ambil Alih Tempat Sebagai Isteri & Ibu, Watie Kongsi Kata-Kata Semasa Menziarahi Kubur Arwah Siti Sarah

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi apa yang diperkatakan semasa menziarahi kubur arwah Siti Sarah.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memohon doa Sarah agar dipermudahkan urusan untuk menjadi ibu dan isteri yang baik buat keluarganya.

Malah, dia turut menyatakan rasa bimbang sekiranya arwah marah dengan tindakan yang seakan mengambil alih tempatnya.

“Kita cakap… Assalamualaikum akak, doakan kita dari jauh tau. Kalau memang kita lah jodoh suami akak. Kalau memang kita boleh jadi isteri dan ibu yang baik buat anak-anak akak.

“Doakan semoga jalan ini dipermudahkan and akak jangan marah kita tau,” ujarnya menjawab soalan pengikutnya itu.

Sementara itu, dia mengatakan anak-anak Shuib juga meminta ibunya supaya tidak memarahi Watie.

“Sampai sekarang kalau pergi kubur dengan anak-anak, anak-anak mesti cakap ibu nanti kita jumpa, ibu jangan marah mummy (Watie) tau sebab mummy baik jagakan kitaorang,” katanya.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Amaran Ribut Buat 12 Negeri Termasuk Kuala Lumpur

Semua penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berhati-hati.

Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Stacy Tunggu ‘Jodoh’ Terbaik?

Kerja tetap kerja…

Trending Sat, 4 Aug 2018
Drama Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Thu, 3 May 2018

Blake Lively Unfollows Ryan Reynolds on Instagram

Is this just a little lover’s spat or did something big happen?

Featured Mon, 15 Dec 2025

The Helmi’s Perjelas Dakwaan Pakai Telefon Jenama Boikot – “Allah Jadikan Manusia Dengan Fitrah Yang Baik, Jadi Fikir Yang Baik-Baik”

Jelasnya, sekiranya terdapat produk lokal atau alternatif lain yang setara dari segi fungsi dan keupayaan, mereka tidak keberatan untuk memilih produk tersebut.

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
error: Content is protected !!