Featured By: Maya Basir August 29, 2022 @ 6:56pm

“Letupan Tu Real” – Syafiq Yusof Utamakan ‘Wow Factor’ Berbanding Kos

Pengarah Syafiq Yusof mendedahkan babak letupan di dalam filem Abang Long Fadil 3 yang bakal ditayangkan bermula 8 September ini adalah benar.

Menurut Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Mohd Yusof, kos keseluruhan untuk siri ketiga daripada francais filem Abang Long Fadil itu adalah sebanyak RM6 juta.

“Dari segi letupan dan kereta yang diletupkan juga adalah real. Bagi filem Abang Long Fadil 3 ini, teknik Imej Janaan Komputer (CGI) yang digunakan tak banyak antara 25 hingga 30 peratus saja.

“Letupan dan kereta digunakan semua betul. Cuma kereta beli yang ‘second hand’, tapi itu dikira kos juga. Macam kereta BMW hampir RM30,000 dan yang Volvo pun sama.

“But I feel the cost untuk terbalikkan kereta tu semua tak penting more to wow factor stands behind it contohnya the stunt man who drives it, they are very brave,” katanya.

Syafiq ditemui semasa di malam Gala Premiere Abang Long Fadil 3 di KLCC pada Jumaat lalu.

Selain itu, dia memberitahu ini bukan pertama kali dia menghasilkan babak kereta terbalik dan letupan namun keselamatan pelagak ngeri akan diutamakan.

“Sewaktu penggambaran membabitkan babak letupan, soal keselamatan terutama pelagak ngeri kami adalah nombor satu.

“Pasukan Bomba memang ada walaupun membabitkan babak letupan kecil. Begitu juga dengan pasukan Paramedik, polis dan polis trafik kena ada. Mereka semua banyak membantu melancarkan filem ini,” katanya.

Abang Long Fadil 3 menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Thu, 10 Nov 2022

Cakra Khan Pernah Jual Jam Tangan Untuk Bayar Gaji Pekerja

Kesiannya sampai macam tu sekali ya..

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Featured Sat, 26 Nov 2022

Gara-Gara Solekan ‘Tebal’, Aksi Eyra Hazali & Suami Undang Tawa

Kecantikan pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 23, tak dapat dinafikan orang ramai. @yanasszz._ Hahah eyra🤣 #eyrahazali #haziqnadzli #hayderqhalish #endrahaqimie #familyhaziqnadzli ♬ original sound – ✨ Terkini, sebuah video berdurasi 20 saat […]

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

《不要玩啦》演员阵容鼎盛!毕书尽、张立昂惊喜演出

单元剧《不要玩啦》演员阵容大公开!毕书尽、张立昂惊喜演出。

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Thu, 16 May 2024