Featured By: Salma Syahbuddin May 16, 2024 @ 10:29am

Didi Astillah Terkejut Dituduh Lakukan Perkara Terkutuk Dengan Aliff Aziz – “Fitnah Apa Ni?”

Walaupun desas-desus mengenai konflik rumah tangga penyanyi, Bella Astillah dan Aliff Aziz kian reda, namun muncul pula dakwaan yang mengaitkan adik kepada Bella iaitu, Didi Astillah menjalin hubungan dengan abang iparnya.

Lebih mengejutkan, Didi atau nama penuhnya, Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, dikatakan pernah tidur bersama Aliff di sebuah hotel.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform Facebook sejak Rabu, foto Didi dan Aliff memakai baju berona hitam sedondon digunakan beserta tulisan yang berjudul ‘Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah bercinta sebelum Bella… Bella bongkar rahsia Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel’.

Kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab, Didi bagaimanapun tampil membalas kenyataan tersebut menerusi hantaran di Instagram Story nya.

“Astagfirullahalazim… Fitnah apa ni? Beraninya  buat fitnah lepastu jadikan artikel,” katanya.

Terdahulu, Didi merupakan antara individu yang lantang mempertahankan Bella selepas kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies tular.

Bahkan, baru-baru ini sahaja, Didi mendedahkan bahawa Aliff juga pernah menjalinkan hubungan bersama wanita berstatus isteri orang dan mempunyai tiga orang anak serta berasal dari Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

ARTIKEL BERKAITAN:Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

ARTIKEL BERKAITAN:Panggil ‘Sayang’, ‘I Love You’… Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz Dengan Ruhainies Didedahkan! Dakwa Ada Rancangan Jahat Jatuhkan Bella Astillah?

ARTIKEL BERKAITAN: Siap Kongsi Video Cium Pipi! Mengaku Jalin Cinta Sejak Januari 2024, Wanita Ini Cerita Kronologi Hubungan Dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

ARTIKEL BERKAITAN:Didi Astillah Dakwa Aliff Aziz Turut Curang Dengan Isteri Orang Anak Tiga – “Tak Nak Ulas Apa-Apa Ke?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Dec 2023

Gara-Gara Hilang Sebelah Payudara Akibat Kanser, Suami Tergamak Ceraikan Isteri – “Orang Macam Ni Mampu Hidup Setahun Sahaja!”

Tergamaknya suami tinggalkan isteri di saat-saat dia sakit macam tu…siap hina lagi tu😥😭🥺

Events Fri, 8 Jun 2018

Donald Trump Anjur Majlis Buka Puasa

Kami rasa ini kemuncak tindakan hipokrit Donald Trump. Mengenakan sekatan terhadap orang Islam dalam masa sama meraikan diplomat kanan di Rumah Putih untuk berbuka puasa.

TECH Thu, 31 Jan 2019

Check Out the Winners of Legion of Champions Seriess III

There’s a steadier path now for gamers to turn their hobby into a profession.

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Featured Fri, 26 Jan 2018

Apa Patut Pakai Untuk Temuduga?

Percaya atau tidak, pakaian yang anda pakai ketika menghadiri sesi temuduga adalah lebih penting daripada apa yang anda fikir. Mungkin ramai yang tidak menyedari perkara ini, malah ada juga yang langsung tidak memperdulikan soal pemakaian ketika menghadiri temuduga.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019
Hiburan Fri, 4 Aug 2023

Dolla Kembali Dengan Damelo

Baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu. Anugerah Bintang Popular merupakan salah satu anugerah […]