Featured By: Atiqah Johari December 29, 2022 @ 7:28pm

Selepas 8 Tahun Berlarutan, Hana & Watie Setuju Selesai Cara Baik – “Dia Perlu Bayar Lebih RM2,000 Sebulan”

Selepas didakwa enggan membayar hutang, hari ini bekas anggota kumpulan Elite, Watie dan Hana bersetuju untuk menyelesaikan masalah secara baik yang telah berpanjangan selama lapan tahun itu.

Memetik laporan Harian Metro, Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan telah memfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei 2017 selepas keputusan Mahkamah Sesyen Selayang memerintahkan Watie untuk membayar ganti rugi bagi kes saman induk berjumlah RM707,351.83.

Hana menuntut ganti rugi dan mendakwa Watie atas sebab gagal menjelaskan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kereta jenama Toyota.

Setelah mendapat persetujuan daripada dua-dua pihak, Watie bersetuju untuk membuat bayaran secara ansuran lebih RM2,000 sebulan sehingga selesai hutang yang berjumlah RM796,000 termasuk faedah kepada Hana.

Peguam mewakili Hana, Mohd Fikri Abd Rahman berkata Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin merekodkan penghakiman persetujuang seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak hari ini.

Katanya lagi, pembayaran yang dipersetujui itu adalah seperti yang diperintahkan oleh mahkamah sama pada 25 Oktober 2017, namun penghutang penghakiman, Watie sudah beberapa kali menangguhkan pembayaran berkemungkinan disebabkan pandemik Covid-19.

“Saya meminta supaya kes ini tidak dipanjangkan sebab Watie sudah bersetuju membuat pembayaran dan anak guam saya (pemiutang penghakiman) bersetuju menerima jumlah yang dicadangkan oleh penghutang penghakiman.

“Hana juga kehilangan kerja dan mungkin disebabkan itu, beliau agak beremosii tetapi perkara ini akhirnya dapat diselesaikan secara baik dengan terma dipersetujui, saya minta supaya kes ini tidak dipanjangkan kerana anak guam saya setuju menerima jumlah yang dicadangkan Watie.

“Masing-masing memerlukan sumber kewangan dan Hana mengharapkan kepada kes ini untuk Watie membayar (hutang), namun bayaran itu tertangguh. Alhamdulillah, kita dapat selesaikan secara baik dan peguam juga berbincang mencari jalan yang terbaik,” ujarnya.

Namun begitu, Watie yang diwakili peguam Aqila Zulaiqha Zulkifli, kedua-duanya tidak hadir ke prosiding mahkamah.

Lagi, Hana turut memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah waran tangkap jika Watie gagal hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan kegagalannya membayar hutang.

Jelas Hana, dia membuat pinjaman bank sejumlah RM150,000 untuk membeli kereta Toyota Wish pada September 2005 untuk Watie kerana dia tidak berkelayakan membuat pinjaman.

Lebih parah, selepas mendapat kenderaan tersebut, Watie gagal mematuhi syarat dengan tidak membayar ansuran sejak September 2010 kepada pihak bank sehingga menyebabkan Hana diisytihar muflis pada 1 April 2013.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Bonda Nervous Nak Tambah Satu Lagi’- Yatt Hamzah Umum Hamil Anak Keempat

Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat serta kuat ya.

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bella Hadid Buat Apa Tu?

OMG! Bellaaaaaaa Hadid uolssss…

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Elak Kontroversi, Dayang Areeda Lebih ‘Play Safe’

Mahu jadi artis bersih dari kontroversi, Dayang jaga nama baik keluarga…terbaiklah!

Hiburan Thu, 1 Mar 2018

5th Anniversary Tanpa Suami, Hati Intan Sudah Mati

Bukan itu sahaja, kalau dilihat menerusi laman instagram Intan, beliau juga turut memuat naik beberapa quote yang mungkin menggambarkan perasaannya berhubung kes perceraiannya bersama Ude semalam. 

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Shaheizy Sam Dapat Anak Kedua, Tahniah!

Tahniah Sam & Tilla. Sure comel baby dorang ni!