Lila Amina Terkejut Disakat Scha Alyahya Gara-Gara…. – “Asyik Nak Lawa Je”

Anak pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Lila Amina sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya disakat oleh aktres itu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Scha telah memuat naik video puteri keduanya itu terkejut melihat wajahnya buruk gara-gara menggunakan filter.

Dalam perkongsian tersebut, aktres itu bersama suaminya, Awal terhibur melihat reaksi si kecil itu yang menyorok di bawah meja selepas menyedari wajahnya buruk.

“Asyik nak lawa je,” tulisnya.

@scha.alyahyaAsyik nak lawa je♬ original sound – schaalyahya

Terhibur dengan reaksi si comel itu, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagatnya.

“Nyorok bawah meja siap.

“Sampai tutup mulut punya terkejut

“Hahhahaha tak boleh terima muka gitu

“Lari terus budak tu,” komen peminatnya.

 

Fatin Nurain