Liyana Jasmay Kembali Dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam

Dah lama rasanya kita tak nampak kelibat Liyana Jasmay muncul di kaca tv kan? Buat para peminat LJ yang merindui lakonannya, Liyana Jasmay kini kembali dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam di slot Dahlia TV3.

Drama ini merupakan drama komedi romantik yang pastinya akan membuatkan korang melekat di kaca TV. Dibintangi oleh para pelakon iaitu Amar Asyraf, Liyana Jasmay, Rania Humaira, Zee Zainal, Shasha Raman, Aprena Manrose, pastinya membuatkan Cikgu, Papa Kirim Salam mencuit hati penonton.

Cikgu, Papa Kirim Salam mengisahkan Adam Haikal (Amar Asyraff) bapa tunggal yang mempunyai seorang anak bernama Soraya (Rania Humaira). Adam tidak menyangka dipertemukan semula dengan Siti Munirah (Liyana Jasmay) seorang guru baru di sekolah anaknya yang merupakan bekas kekasih dan cinta pertamanya.

Saksikan usaha Adrian Haikal dan keletah comel Soraya dalam memenangi hati cikgu Siti Munirah. Apakah yang berlaku dalam hubungan mereka? Bagaimana pula dengan kisah silam mereka?

Drama yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Orang Tree Production ini akan mula bersiaran pada 2 Mac 2019, bermula jam 6.58 petang. 

Saksikan drama ini di saluran tonton dan Youtube TV3 Official .

Ad Ops