Categories: HiburanSelebriti

Love At First Swipe Kisah Cinta Yang Pastinya Dekat Di Hati

Satu lagi siri original tonton yang pastinya dekat dihati peminat mahupun penonton yang berpeluang untuk menyaksikan drama Love at First Swipe yang bakal ditayangkan pada 24 Disember 2018 ini!

 Selepas siri By My Side, tonton sekali lagi berkolaborasi bersama Jinnyboy TV untuk menghasilkan siri drama Love at First Swipe yang dibintangi oleh Fabian Loo dan Koe Yeet.

Mengisahkan Hann (Fabian Loo) seorang guru berumur lingkungan 30-an yang masih single. Mempunyai kehidupan yang membosankan, Hann akhirnya membuat keputusan untuk mencari teman wanita menerusi aplikasi mencari jodoh (dating apps). Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh Hann akhirnya aplikasi tersebut nyata memberikan beliau peluang untuk mengenali gadis bernama Jess (Koe Yeet). Nak tahu, apa yang jadi seterusnya? korang kenalah tengok Love at First Swipe di www.tonton.com.my

Menurut Pengarah Tonton, Pelesenan dan Pembarangan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, tonton ingin memaparkan drama-drama yang lebih dekat dengan situasi sebenar kehidupan penonton.

” Selepas kejayaan atas k erjasama sulung dalam menerbitkan filem original tonton By My Side dengan Jinnyboy TV, kami ingin terus memaparkan drama yang lebih dekat dengan situasi sebenar kehidupan menerusi jalan cerita seterusnya seronok untuk mengikuti drama tersebut” Katanya.

Love at First Swipe turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Pauline Tan, Naim Daniel, Izzat Mushtaq, Dennis Yin, Brandan Ho, Adib Alexx dan ramai lagi.

Salma Syahbuddin