Hiburan By: Salma Syahbuddin March 26, 2018 @ 10:04am

“Love Yourself” – Sherry Al Hadad Kongsi Pengalaman Bentuk Badannya

Cakap sahaja pasal Sheery Al Hadad, mesti korang terfikir bentuk badannya yang sihat kan?  Namun, ada juga yang menganggap bentuk badannya yang sihat itu didatangkan sekali dengan pakej berbakat besar yang dimiliki oleh beliau, sekaligus menjadi inspirasi buat semua wanita diluar sana. 

Bagi Sherry, beliau mengakui bahawa berat badannya itu menjadi salah satu penyebab kenapa dirinya selalu sahaja dibuli di Sekolah. Kata-kata ejekan seperti gemuk dan sebagainya selalu sahaja hinggap ditelinganya. Justeru itu, Sherry mengambil keputusan untuk berkongsi pengalamannya itu kepada wanita yang mempunyai tubuh besar sepertinya agar tidak  hilang keyakinan diri.

“Love just the way you are.  Saya kena buli masa sekolah rendah, pernah saya jalan kaki ke sekolah saya ditendang sampai jatuh longkang dan saya tak ada buat apa-apa salah pun dengan dia. Diskriminasi ada dimana-mana, tapi jangan jadikan itu alasan untuk terus lemah. Be yourself , be fabulous, be true , be positive and yang paling penting love yourself.” Jelasnya

Betul kata Sherry, jika berbadan besar jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk terus lemah. Kerana, yang penting adalah  percaya pada diri sendiri.

Dalam perkembangan lain, Sherry kini sedang sibuk dengan tugasnya sebagai hos rancangan sendiri iaitu The Sherry Show & Friends dan Muzik-Muzik 33.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Watak Syed Hamadi Lebih Popular, Apa Komen Amyra Rosli?

Betul ke watak Madi lebih ditunggu-tunggu?

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.