Luar Biasa! KRU Studios Terus Menyengat Dengan Wheely

Sebentar tadi, team xtra berpeluang menyaksikan teaser filem animasi komedi Wheely terbitan KRU Studios. Secara keseluruhan, memang gempak beb!

Proses pembikinan filem Wheely ini mengambil masa hampir empat tahun untuk siap sepenuhnya di mana filem ini penuh dengan pengajaran. Bukan sekadar berlawak kosong saja ya…

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, selaku Penerbit Eksekutif memberitahu tempahan yang diterima oleh pihak KRU Studios bagi filem “Wheely” sememangnya luar biasa.

“ Selepas filem Ribbit yang dikeluarkan pada 2014, kami ingin mengulangi kejayaan filem animasi dalam industri perfileman tempatan dan antarabangsa.

“ Filem Wheely menjanjikan persembahan luar biasa dengan jalan cerita sarat dengan pengajaran dalam masa sama penuh dengan elemen komedi.

“ Bukan saja terhad kepada penonton kanak-kanak, Wheely sesuai untuk semua. File mini juga menengahkan beberapa lokasi menarik di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,” katanya.

Norman juga berkongsi judul filem ini pada mulanya berjudul KL Taxi tetapi akhirnya ditukar kepada Wheely.

“ Sewaktu kita buat pra-jualan, ramai pembeli tanya, ‘What Is KL?’. Tetapi jangan salah faham, karakter utama dalam filem memang Wheely.

Tambahnya, filem Wheely bakal ditayangkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

“ Wheely akan dialih bahasa mengikut negara yang mendapat hak pengedaran filem animasi kedua kami ini.

“ Di Malaysia, kami keluarkan serentak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kami faham dengan kehendak penonton di Malaysia terbahagi dua. Satu yang lebih cenderung kepada komedi melayu dan ada yang lebih kepada komedi berbahasa Inggeris,” katanya.

Wheely mengisahkan watak “Wheely” sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang menjadi golongan elit di bandaraya tersebut.

Kata Norman, secara keseluruhannya filem ini mengajar penonton untuk menjadi diri sendiri dan tak perlu berpura-pura demi memperoleh kehormatan. Terbaiklah!

Jangan lupa untuk tonton Wheely di seluruh pawagam bermula 16 Ogos depan. Jom ke pawagam berdekatan okay?

SGMS Faida