Categories: Filem

Loreal Paris Membawakan Pulang, Sebuah Karya Epik Arahan Khabir Bhatia

Bakal ditayangkan bermula 26 Julai ini diseluruh pawagam-pawagam seluruh Malaysia, Pulang merupakan sebuah filem epik arahan Khabir Bhatia dan merupakan sebuah filem berdasarkan kisah benar 3 generasi pastinya bakal menggamit dan mengimbau kenangan tentang kehidupan pada era  tahun 1940-an.

Karya milik Mira Mustaffa ini adalah berdasarkan tentang inspirasi seorang kelasi kapal Melayu yang ketika itu berpengkalan di Melaka.  Filem ini juga dimuatkan dengan unsur-unsur dramatik dan turut menampilkan kisah yang pastinya cukup tragis dalam era yang berbeza. Selain pemerintahan British, pengarah Kabir Bhatia turut memaparkan era penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua. 

Antara pelakon yang turut membintangi filem ‘Pulang’ ini ialah Remy Ishak, Puteri Aishah, Datuk Jalaludin Hassan, Juliana Evans, Azrel Ismail, Erwin Dawson dan ramai lagi.

Jadi apa tunggu lagi, anda boleh rasai bahang filem Pulang ini dengan menyaksikan disebalik tabir ‘Pulang’ pada, 21 Julai 2018, Sabtu , jam 5.30 petang hanya di TV3. Atau boleh saksikan siaran ulangannya pada 22 Julai 2018, Ahad, jam 6 petang hanya di TV9.

Tayangan perdana filem ini juga turut mendapat perhatian pihak Loreal untuk menjadi penaja rasmi filem tersebut. Mengetengahkan produk terbaru daripada Loreal Paris Elseve iaitu Extraordinary Clay Hair Care, pastinya akan membuatkan rambut anda lebih sihat dan bersinar sesuai dengan tagline , ‘Because You’re Worth It’

 


 


Salma Syahbuddin