Wow! Hotel Transylvania Kutip RM 178 Juta

Filem animasi Hotel Transylvania 3: Summer Vacation terbitan Sony kekal mengungguli carta box office Amerika Utara, dengan jualan tiket mencecah AS$44.1 juta (RM178 juta), menurut anggaran industri semalam.

Filem komedi animasi yang menampilkan suara Adam Sandler, Selena Gomez, Andy Samberg dan Kevin James ini mengisahkan percutian keluarga Count Dracula. Semasa dalam percutian, Drac jatuh cinta dengan kapten kapal berkenaan. Tanpa mengetahui bahawa kapten kapal itu sebenarnya mempunyai niat jahat untuk menghapuskan Drac dan keluarganya.

Ia sekali gus menyingkirkan filem di tempat pertama minggu lalu, Ant-Man and the Wasp, yang kini di kedudukan kedua dengan kutipan AS$28.8 juta (RM116.6 juta) pada hujung minggu lalu, menurut agensi penilai industri Exhibitor Tracker. – Agensi

SGMS Faida