’Lubang Camera Mana Yang Dimaksudkan Tu’- Syazwan Zulkifli Soal Balik Netizen Babak ‘Pelik’ Dalam PHK

Gara-gara sebuah babak dalam Pujaan Hati Kanda episod 13 semalam, pelakon Syazwan Zulkifli yang memegang watak Pali ditegur oleh seorang netizen.

Ini ketika babak Pali mengambil gambar kunci walaupun hakikatnya perlu mengetik gambar majlis perkahwinan bekas tunangnya, Tiara (Mira Filzah) dan Danny (Remy Ishak).

“ Kepada yang sangat peka kata saya tangkap gambar kunci tu, lubang camera mana yang dimaksudkan tu? Itu exact camera yang saya gunakan masa scene tu,” tulisnya ringkas.

Tambah Syazwan, dia turut menasihatkan agar si penulis membuang sikap gemar mencari kesalahan orang lain.

“ Jangan suka cari kesalahan. Peace yawwwww,” tulisnya ringkas diikuti tanda pagar #pujaanhatikanda.

Teruskan menonton drama Pujaan Hati Kanda setiap Isnin- Jumaat bermula jam 7 malam di slot Akasia. Agaknya apa yang jadi dengan Tiara dan Danny lepas mereka dah berkahwin ni ya? 

SGMS Faida