Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Selepas setahun berkahwin, baru-baru ini pelakon Izreen Azminda mengumumkan dia kini sudah berbadan dua.

Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan yang memiliki seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, hasil perkahwinan terdahulu kini mengimpikan anak perempuan pula.

“ Insya Allah jantina anak bakal diketahui tidak lama lagi. Usia kandungan saya baru memasuki tiga bulan. 

“ Kalau ditanya, saya mahu anak perempuan memandangkan saya sudah ada anak lelaki,” katanya.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 2013 ini turut berdoa agar dianugerahkan bayi yang sihat dan sempurna.

Izreen dijangka melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31, atau Ude pada 8 Ogos 2017.

SGMS Faida