‘Bukan Tak Nak Jumpa Mufti Tapi…’ – Safiey Ilias Tolak Jemputan ‘Mengeteh’?

Usahawan kosmetik terkenal, Safiey Ilias memaklumkan dia perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum bersetuju bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Sri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Menerusi Instagramnya, Safiey memberi maklum balas mengenai jemputan yang dibuat beberapa hari lalu.

“ Bukan tak nak jumpa Mufti, nanti masyarakat suka expect too much. Balik jumpa Mufti mesti berubah jadi lelaki.

“ Lepastu benda lain lagi orang akan cakap, strategi nak keluar lagu baharu, produk baharu, atau satu lagi dilabel penunggang agama,” luahnya.

Safiey juga mengakui sudah serik dan membayangkan bakal berdepan dengan kecaman jika tidak berubah seperti apa yang dimahukan netizen.

“ Jumpa ustaz Ebit haritu pun korang expect macam-macam. Salah ke nak pergi belajar ilmu agama tambah ilmu. Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah tiga hari,” katanya.

Terdahulu, Datuk Sri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menyuarakan hasrat untuk berjumpa dengan Safiey Ilias untuk duduk ‘mengeteh’ dan berbincang secara santai berhubung beberapa perkara demi kebaikan semua pihak.

Ini berikutan beberapa keping gambar ‘seksi’ yang dimuat naik oleh usahawan, Safiey Ilias di Instagram sebelum ini.

SGMS Faida