Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 30, 2022 @ 5:02pm

Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai 7 Bulan Lepas – “Saya Mohon Titipkan Doa Yang Baik-Baik”

Sepkulasi mengenai status rumah tangga pelakon Luqman Hafidz sudah terjawab apabila dia sendiri mengesahkan bahawa telah bercerai dengan isterinya Nurul Atiqah Mad Apandi pada 31 Jun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Luqman akhirnya membuat keputusan untuk berkongsi status dirinya yang sekian lama menjadi persoalan ramai hari ini.

“Sampai masanya untuk saya kongsikan dan mengesahkan yang saya sudah pun berpisah dengan isteri pada bulan Jun yang lalu.

“Kami berpisah cara baik di mahkamah. Sekarang fokus kami adalah memberikan kehidupan yang baik pada anak kami,” jelasnya.

Sehubungan itu, Luqman meminta kepada orang ramai untuk menghormati dan memberi ruang kepadanya di samping menjaga hati keluarganya dan mentua.

Pelakon drama Ku Punya Hati itu juga mengambil pendekatan untuk mengeluarkan kenyataan mengenai statusnya bagi mengelakkan kekeliruan dan spekulasi dari mana-mana pihak.

“Saya sedar status saya sebagai anak seni tak lari dari perhatian masyarakat. Justeru saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan dari mana-mana pihak. Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini.

“Saya berharap agar pihak media khususnya dapat memberikan ruang kepada saya dan menghormati keputusan ini bagi menjaga hati keluarga saya juga bekas mentua. Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini.

“Fokus saya sekarang adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya. Saya pohon semua titipkan doa yang baik-baik dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian,” ujarnya kepada Harian Metro.

Artikel Berkaitan: Timbul Spekulasi Perceraian, Luqman Hafidz Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’ – “Saya Mahukan Ketenangan”

Untuk info, Luqman dan Nurul Atiqah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Eve Laura, 1.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Tue, 24 Dec 2024
Trending Wed, 18 Sep 2019

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Kurangkan akitiviti diluar dan pastikan selalu berhati-hati kerana masih lagi berkeliaran.

Hiburan Fri, 23 May 2025

[VIDEO] “Budak Sekarang Lembik, Sikit-Sikit Anxiety” – Syazwan Zulkifly

Syazwan Zulkifly akui generasi kini lebih lembik daripada terdahulu

Trending Sun, 5 May 2019

Syed Saddiq Berang Ada Akaun Facebook Palsu

YB Syed Saddiq telah tampil membuat laporan polis berikutan kewujudan akuan palsu yang menggunakan nama dan gambarnya di laman sosial Facebook.

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Bakal Ibu Mertua Puji Nick Jonas Matang

Pasangan ini dilaporkan bakal berkahwin tak lama lagi dalam suasana penuh gemilang dan perkahwinan bakal diadakan bertemakan tradisi India.

Trending Wed, 17 Apr 2019

13岁少年骑车100 公里!只为探视生病弟弟

年仅13岁的超强意志力青少年,排除万难骑车100 公里,只为尽快见到生病的早产弟弟和母亲。

error: Content is protected !!