“Maaf Andai Semua Ini Khilaf Saya” – Norman Hakim

Selepas meminta bekas isterinya iaitu, Abby Abadi untuk tidak berkongsi secara terbuka kes melibatkan anak perempuan mereka, pelakon, Norman Hakim tampil memohon maaf atas keterlanjuran kata terhadap kenyataannya sebelum ini.

Kata Norman, dia memohon maaf kepada Abby kerana aktres itu menyifatkan dirinya sebagai sengaja melepaskan tanggungjawab sebagai wali Marissa.

Tidak habis disitu, Norman juga berjanji akan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu anak mereka.

“Okaylah bok, ampun maaf untuk yang kesekian kalinya untuk segala kelemahan dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.

“As i said, Inshaa-Allah saya usaha yang termampu,” ulasnya.

Dalam pada itu, Norman juga memaklumkan merek tidak mempunyai akses untuk berhubung dengan Abby sekaligus menitipkan ucapan kepda Abby bagi pihak anaknya, Marissa Dania Hakim.

“Jarang saya nak komen publicly but we have no access to reach you.

“Dania send her love regards to you. Doakan yang baik-baik bok,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Menyesal Pula Di Interview, Tak Pasal-Pasal…” – Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN:”Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Momen Mesra Dengan Marissa Dania, Memey Suhaiza Dikecam Tak Sensitif… Didakwa Sengaja Tunjuk Baik

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Menjauh Diri Daripada Abby Abadi, Marissa Kongsi Foto Bersama Ibu Bapa – “Never Fails”

Salma Syahbuddin