‘Maafkan Saya’- Mamat Exists

“Maafkan saya,” demikian kata vokalis Exists, Mamat yang berjanji tidak akan mengulangi kesilapan berhubung kes dadah.

Kata Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin dia kesal dan mula sedar ramai yang kecewa dengan penangkapannya yang terkait dengan kes dadah, baru-baru ini. 

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar jangkaan saya. Jujurnya, saya sendiri terkejut dan rasa bersalah kerana mengecewakan semua pihak dengan insiden penangkapan itu.

“Cuma, saya tidak boleh menjelaskan secara terperinci kejadian yang berlaku kerana ia masih dalam siasatan polis,” katanya kepada BH Online

Tambah Mamat, dia kini mahu meletakkan seratus peratus fokus terhadap persiapan konsert reunion Exists yang bakal berlangsung 28 September ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Mamat turut meluahkan hasrat memasuki pusat pemilihan bagi mendapatkan rawatan ketagihannya itu.

“Saya mula menyimpan hasrat untuk berubah sejak setahun lalu, cuma waktu itu tiada dorongan kuat diterima. Kini saya mendapat sepenuh galakan daripada anggota Exists dan pihak penganjur.

“Insya-Allah, saya akan mendapatkan rawatan sebaik sahaja konsert kami selesai nanti,” ujarnya.

Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis selepas ditahan pada malam Ahad lalu.

Difahamkan, Mamat dan seorang lagi rakan yang sedang menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru ditahan Polis kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah.

SGMS Faida