“Macam Nampak Baby Bump” – Netizen Dakwa Isteri Sedang Hamil, Ini Jawapan Zaki Azeman

Pelakon Zaki Azeman tular di media sosial apabila dia dan isteri, Raa Suzuran melakukan trend tarian di TikTok.

@zakiazeman94 Hi @AdamLee @Sweet Qismina ♬ 原聲 – ABCandE

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zaki, dia dan isteri yang agak kaku berjoget cuba meniru pasangan suami isteri Adam Lee dan Sweet Qismina.

“Hi @AdamLee @Sweet Qismina. Walaupun kami tak datang rehearsal, hahaha kerasnya,” tulis Zaki.

Namun, bukan tarian yang menjadi perhatian netizen tetapi penampilan dan bentuk badan Raa yang agak berisi menjadi tanda tanya sehingga timbul dakwaan isterinya sedang mengandung.

Bukan itu sahaja, warganet mendakwa mereka melihat baby bump Raa seolah-olah dia sedang hamil anak pertama.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet memuji kecomelan hubungan mereka berdua dan ada juga yang masih buntu memikirkan sama ada isteri Zaki itu hamil ataupun tidak.

“So sweet ada baby bump.

“Macam nampak baby bump!

“Aku dengan diaorang ini, comel sangat geram je tengok,” tulis netizen.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, pelakon Ku Punya Hati itu menafikan perkara terbabit.

“Tak sangka pula video itu mendapat perhatian apabila ramai yang mengatakan bentuk perut isteri saya adalah ‘baby bump’ sedangkan isteri saya tidak hamil.

“Malah ramai juga rakan-rakan yang menghubungi bertanyakan mengenai perkara itu. Saya pun terkejut dengan komen-komen itu.

“Harapnya komen yang ditinggalkan itu adalah satu doa. Mana tahu ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata sulung tak lama lagi,” katanya.

Sumber: TikTok Zaki, Harian MetroPelakon Zaki Azeman tular di media sosial apabila dia dan isteri, Raa Suzuran melakukan trend tarian di TikTok.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zaki, dia dan isteri yang agak kaku berjoget cuba meniru pasangan suami isteri Adam Lee dan Sweet Qismina.

“Hi @AdamLee @Sweet Qismina. Walaupun kami tak datang rehearsal, hahaha kerasnya,” tulis Zaki.

Namun, bukan tarian yang menjadi perhatian netizen tetapi penampilan dan bentuk badan Raa yang agak berisi menjadi tanda tanya sehingga timbul dakwaan isterinya sedang mengandung.

Bukan itu sahaja, warganet mendakwa mereka melihat baby bump Raa seolah-olah dia sedang hamil anak pertama.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet memuji kecomelan hubungan mereka berdua dan ada juga yang masih buntu memikirkan sama ada isteri Zaki itu hamil ataupun tidak.

“So sweet ada baby bump.

“Macam nampak baby bump!

“Aku dengan diaorang ini, comel sangat geram je tengok,” tulis netizen.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, pelakon Ku Punya Hati itu menafikan perkara terbabit.

“Tak sangka pula video itu mendapat perhatian apabila ramai yang mengatakan bentuk perut isteri saya adalah ‘baby bump’ sedangkan isteri saya tidak hamil.

“Malah ramai juga rakan-rakan yang menghubungi bertanyakan mengenai perkara itu. Saya pun terkejut dengan komen-komen itu.

“Harapnya komen yang ditinggalkan itu adalah satu doa. Mana tahu ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata sulung tak lama lagi,” katanya.

Sumber: TikTok Zaki, Harian Metro

Halimey Zamal