Gara-Gara Mesej & Foto Alat Sulit Berlegar Di Minda… Firdaus Wong Alami Kemurungan, Sukar Tidur Malam

Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendedahkan dia mengalami kemurungan dan sukar untuk tidur malam gara-gara melihat imej dan mesej berbaur lucah berikutan kes seksual membabitkan pendakwah popular, Ebit Lew.

Pemilik nama sebenar Firdaus Wong Wai Hung, 39, merujuk situasi terbabit menerusi mesej dalam kumpulan WhatsApp, ‘NOBODY’, yang turut disertai tiga individu lain.

“Semenjak menerima kes itu dan melihat begitu banyak mesej serta gambar kemaluan lelaki, saya sendiri yang merupakan lelaki tertekan.

“Sukar untuk tidur malam kerana imej-imej itu sering berlegar di minda,” luahnya.

Memetik laporan Kosmo Online, Firdaus berkata, perkataan ‘keburungan’ di dalam ayat hantaran “Amaran!!! Keburungan-keburungan” adalah bermaksud kemurungan.

“Perkataan keburungan-keburungan adalah kesalahan ejaan daripada saya sendiri yang sepatutnya bermaksud kemurungan-kemurungan,” jelasnya ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam bela, Ram Singh.

Lantaran itu, menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida mengenai kumpulan Whatsapp ‘NOBODY’, Firdaus menjelaskan bahawa kumpulan tersebut dianggotai tiga individu lain iaitu Mohd Fairuz Abu atau Fairuz Al-Jengkawi, Dr Rozaimi Ramly dan Dr Yusuf.

Ebit Lew tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom bagi menghadiri sambungan prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan dirinya dengan menaiki kereta berwarna hitam dan ditemani peguam pada jam 9.50 pagi semalam.

Artikel Berkaitan: Bertemu Dengan Pengadu, Firdaus Wong Dedah Lihat Mesej & Foto Lucah Kiriman Ebit Lew Di WhatsApp

Sumber: Kosmo Online

Atiqah Johari