Ummi Nazeera Takut Tonton Cerita Hantu, Aishah Azman Bertindak Jadi Narator.. Netizen Pula Beri Tip Tengok Naskhah Seram

Pelakon cantik Ummi Nazeera mendedahkan dia takut untuk menonton filem seram.

Menonton filem seram bersama pelakon Aishah Azman, Ummi tidak dapat menonton filem terbabit kerana sangat takut.

Menurut Ummi, Aishah yang menjadi narator menjelaskan jalan cerita filem seram terbabit kepadanya.

“Hari tu tengok cerita hantu.

“Baru saya sedar saya seorang penakut yang amat sangat.

“Terima kasih kerana menjadi narator sepanjang movie ditayangkan, Aishah,” tulis Ummi.

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya berkongsi tip cara mengurangkan rasa takut ketika menonton filem seram.

Ada juga yang mengimbas kembali watak Ummi yang menjadi hantu dalam sebuah drama hingga mengalirkan air mata.

“Tapi dulu awak berlakon jadi hantu kasi saya takut takpe pulak.

“Teringat Ummi pernah berlakon jadi hantu, Cik Nin dan Penanggal kan? tapi dua-dua more tu sedih wataknya.

“Tip tengok cerita hantu, tutup muka dengan tangan lepas itu tengok cerita dicelah jari tangan tu, baru berani sikit. Nanti Ummi try ye,” komen netizen.

 

Halimey Zamal